Pensyarah Geologi Jabatan Geologi Universiti Malaya, Prof John Kuna Raj, berkata gabungan faktor berkenaan yang ditambah jarak kejadian gempa yang berhampiran Semenanjung menjadikan kesan gegaran agak ketara di sesetengah tempat.
“Apabila penduduk bertambah, pelbagai pembinaan termasuk kawasan perumahan baru, industri serta bandar dengan bangunan pencakar langit dibangunkan. Ia menjadikan permukaan bumi secara berperingkat mengalami tekanan.
“Apabila gegaran berlaku di kawasan berkepadatan tinggi, ia dapat dirasai dengan ketara kerana kawasan muka buminya tidak dapat menyerap beban gegaran ke dalam bumi berbanding 20 tahun lalu di mana pembangunan belum meluas,” katanya ketika dihubungi semalam.
Kelmarin dan semalam sebahagian besar kawasan di pantai barat Semenanjung mengalami gegaran berikutan gempa bumi kuat di Sumatera.
John berkata, fenomena itu tidak membahayakan walaupun kesan gegaran yang dirasakan penduduk negara ini menimbulkan kebimbangan.
“Kedudukan Semenanjung stabil akibat dilindungi Indonesia dan Filipina serta berada di luar Lingkaran Api Pasifik atau kawasan bencana alam, menjadikan kesan yang diterima tidak sehebat dua negara berkenaan. Semenanjung hanya berisiko berdepan ombak tsunami di kawasan pantai di utara jika gegaran kuat terhasil.
“Ia berbeza dengan Sarawak dan Sabah yang sesekali menerima gegaran akibat gempa bumi kecil pada skala Richter tidak melebihi empat atau lima,” katanya.
Beliau berkata, walaupun gegaran gempa bumi kelmarin tidak mendatangkan kerosakan kepada infrastruktur dan mengancam nyawa, pihak berkenaan perlu melakukan pemeriksaan dan memberi tumpuan kepada keselamatan beberapa bangunan di kawasan yang menerima kesan gegaran yang dilaporkan mengalami rekahan.
“Bangunan seperti rumah pangsa serta pangsapuri kos rendah tidak mampu menahan beban tambahan seperti gegaran muka bumi kerana rekaannya yang ringkas,” katanya.
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Jumaat, September 14, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Permukaan bumi berat punca gegaran silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "