/

Penduduk Asia Pasifik Berisiko Hidapi Denggi

BANGKOK, 19 Sept (Bernama) - Sebanyak 75 peratus penduduk Asia Pasifik berisiko mengidap denggi dengan sesetengah negara telah mengalami penambahan kes yang tidak diduga setakat ini tahun ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Lebih 100,000 kes dilaporkan di Indonesia iaitu bertambah 10 peratus berbanding tahun lepas, Myanmar bertambah sebanyak 33 peratus kepada 11,577 kes dan Thailand sebanyak 40,258 kes, naik sebanyak 27 peratus.

Bhutan yang mengalami kes pertama pada 2004 turut menghadapi pertambahan kes sementara Nepal dilaporkan mula menghadapi denggi tahun lepas, menurut laporan WHO yang dikeluarkan selepas mesyuarat kumpulan penasihat teknikal serantau selama dua hari di Phuket.

"Adalah penting bagi negara Asia Pasifik menguatkan sistem ramalan, pengesanan, persediaan dan tindakan awal terhadap wabak denggi," kata Pengarah WHO Asia Tenggara Dr Samlee Plianbangchang.

Beliau berkata negara berkenaan perlu melaksanakan strategi bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dan mengubah sikap rakyat berhubung penyakit tersebut.

Dr Samlee berkata denggi boleh dielak dan dikawal sekiranya semua pihak termasuk individu, keluarga, pertubuhan bukan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pegawai kesihatan terlibat sama.

Kerjasama antara negara turut penting untuk mengawal denggi, katanya.

Beliau berkata denggi berpunca daripada perbuatan manusia sendiri yang tidak membuat perancangan teliti terhadap pembangunan bandar, sistem simpanan air dan sistem pembuangan najis.



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Khamis, September 20, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog