KENAIKAN suhu bumi serta perubahan ekosistem Lautan Pasifik didapati menjejaskan bilangan paus dan masalah itu diburukkan lagi dengan kekurangan spesies makananm Lautan Pasifik didapati menjejaskan bilangan paus dan masalah itu diburukkan lagi dengan kekurangan spesies makanan untuk paus akibat ditangkap berlebihan oleh nelayan sejak sekian lama.
Rangkuman laporan itu dibuat saintis Universiti Stanford dan Universiti Washington yang menemui bukti bahawa jumlah pembiakan paus kelabu Pasifik (Eschrichtius robustus), jauh merosot sejak berdekad lalu dan hanya kini menampakkan sedikit tanda pemulihan.
Selepas mengkaji sampel DNA, kajian saintis berkenaan mendapati saiz populasi paus di sebelah perairan Lautan Pasifik yang menjadi mangsa dianggarkan 96,000 – empat kali ganda bilangan 22,000 yang dianggarkan sebelum ini.
Angka itu mencerminkan kerosakan ekosistem sebenar di perairan itu apabila paus kelabu diburu sejak sekian lama terutama pada pertengahan abad ke-19.
“Kajian kami tidak menemui banyak variasi daripada saiz populasi 22,000, sedangkan mengikut rekod genetik abad lalu yang kami ada, variasi genetik sepatutnya lebih banyak daripada itu,’’ kata saintis marin, Universiti Stanford, Professor Steve Palumbi.
Begitupun, beliau sedikit lega dengan perkembangan terbaru apabila bilangan paus makin meningkat, mungkin disebabkan pengharaman menangkap paus sudah dikuatkuasakan, tetapi kerisauannya tidak dapat dielak apabila kemusnahan ekosistem pula menjadi ancaman utama pembiakan paus pada masa depan.
Kebimbangannya berkisar pada satu fenomena, iaitu masalah pemanasan suhu bumi. Perubahan suhu lautan memusnahkan banyak makanan asal ikan paus terutama di Laut Bering yang menjadi zon ikan itu mencari makanan sepanjang musim panas.
Isu mula diketahui tahun lalu, apabila saintis yang melakukan kajian merekodkan bilangan paus yang kurus dan kebuluran di perairan Laut Bering.
Tetapi, kajian itu juga mendapati bilangan paus kelabu Pasifik yang hampir pupus itu ditimpa kesan lebih kompleks berikutan perubahan ekosistem Lautan Pasifik apabila rantaian makanannya mulai terjejas sekali gus menghalang pembiakan ikan itu pada masa depan.
Elizabeth Alter, pengkaji paus yang menulis laporan itu berkata, paus kelabu Pasifik berkebolehan tinggi ketika mencari makanan dan mampu menyelongkar hingga ke sedimen dasar laut. Kebolehan itu amat sukar menyebabkannya kelaparan.
Sementara itu, perkembangan terbaru di Neah Bay, Washington, amat melegakan apabila ketua Puak Indian Makah melarang adat tradisi membunuh paus diteruskan demi menjaga bilangan paus yang makin kurang di seluruh benua Amerika.
Puak Indian Makah amat mahir membunuh paus menggunakan senapang khas yang ditembak ke arah paus dan menjadikannya kegiatan memburu paus sebagai acara tahunan mereka sejak sekian lama.
Perkembangan itu ada kaitan dengan tindakan Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang menahan lima puak asli itu atas tuduhan membunuh paus dan kemudian diserahkan kepada polis puak Indian untuk tindakan susulan.
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Sabtu, September 15, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Paus Pasifik sukar biak akibat kerosakan ekosistem silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "