Sabtu : 5 April 2025   
@ 7 Syawal 1446H / 2:09 PM

26Rabu,September

Memburu harta curian pemimpin negara dunia ketiga

Oleh Nahar Azmi Mahmud - KLpos.com

SUDAH lama pemimpin Dunia Ketiga menyimpan harta yang digelapkan mereka di bank atau institusi kewangan negara maju. Apakah amalan buruk ini akan terhenti?

Baru-baru ini, Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan pembentukan satu sistem untuk menolong negara membangun mendapatkan kembali harta yang digelapkan pemimpin mereka yang rasuah.

Mengikut satu laporan, harta negara yang dipesongkan itu dianggarkan berjumlah AS$40 bilion setahun. Wang sebanyak itu dapat membiayai keperluan beberapa negara sedang membangun.

Menyedari hakikat ini presiden baru Bank Dunia, Robert Zoellick, telah membentangkan rancangan beliau itu kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon, baru-baru ini.

Zoellick menegaskan bahawa pemimpin rasuah tidak wajar dikasihani atau dilindungi. Harta mereka mesti diperolehi menerusi perundangan antarabangsa dan dikembali ke negara berhak.

Ramai pemimpin rasuah itu hidup senang lenang sedangkan rakyat mereka menderita, seperti yang berlaku pada Liberia. Mantan presidennya, Charles Taylor, masih dibicarakan di mahkamah kota The Hague, Belanda, atas tuduhan melarikan harta lebih AS$3 bilion yang diseleweng dan disimpannya dalam bank-bank Amerika Syarikat, Switzerland dan bank antarabangsa lain.

Para ketua negara lain yang rasuah termasuk mendiang Slobodan Milosevic (YugoslaviaSerbia), Mobutu Sese Seko (Congo) dan Alberto Fujimori (Peru).

Bekas presiden Nigeria, almarhum Jeneral Sani Abacha (berkuasa 1993-98), dikatakan mengaup harta negara bernilai hampir 2 sehingga 3 peratus daripada Hasil Negara Kasar (GDP).

Penyelewengan bekas presiden Filipina, Ferdinand Marcos, sepanjang memerintah selama 20 tahun (1967-87) dipecayai paling besar, antara AS$5 bilion dengan AS$10 bilion.

Akibat rasuah, peruntukan negara untuk pendidikan, kesihatan dan pembinaan jalan raya serta hospital terjejas. Rakyat miskin bertambah miskin.

Bank Dunia menganggarkan jumlah wang penyelewengan, termasuk mengelak cukai, ialah antara AS$1 trilion hingga AS$1.6 trilion pada setiap tahun.

Sebahagian kecil saja wang itu, sekitar AS$100 juta, dapat diselamatkan. Nilainya dapat digunakan untuk projek membekalkan air bersih kepada 250,000 keluarga. Wang sebanyak itu menurut para pegawai Bank Dunia boleh juga digunakan untuk memberi suntikan menentang penyakit HIV atau Aids bagi 600,000 orang dalam jangka masa setahun atau lebih.

Afrika, Amerika Latin dan Asia merupakan daerah penyelewengan utama harta negara.

Tetapi berkesankah sistem baru Bank Dunia itu?

Ia akan bergantung pada kerjasama dan kesediaan pusat kewangan antarabangsa untuk mengesan harta yang diseleweng dan membuat kenyataan telus.

Menurut Naib Presiden Bank Dunia, Danny Leipziger, kebanyakan harta negara sedang membangun berakhir di pusat kewangan negara maju.

Beliau menegaskan bahawa Bank Dunia akan membantu negara terjejas mendapatkan kembali harta miliknya bagi tujuan pembangunan dan memastikan wang itu tidak akan dicuri bagi kedua kali.

Yang utama, pemimpin rasuah perlu dikenal pasti menerusi sistem perundangan negara sedang membangun, polis antarabangsa (Interpol) dan Bank Dunia.

Bank-bank utama di negara negara maju perlu sedar tentang risiko yang akan mereka hadapi jika nama mereka tercemar dek perbuatan para pemimpin rasuah.

Menurut para pegawai Bank Dunia, sebaikbaik langkah ialah merampas semula harta dan wang negara yang diseleweng. Dengan sendirinya, pemimpin rasuah akan tersepit.

Langkah-langkah keselamatan yang lebih ketat diperlukan untuk menjamin bahawa harta negara yang sudah dipulangkan kepada tuan punya tidak akan jatuh ke tangan pemimpin lain.

Semua usaha ini menuntut kerjasama yang bertanggungjawab dan telus antara Bank Dunia, sektor kewangan antarabangsa, negara maju dan negara sedang membangun.

Jika ini dapat dilaksanakan, sekurang-kurangnya medan perjuangan sudah dimenangi. - BHS



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, September 26, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog