/

Majoriti penduduk dunia mahu AS undur dari Iraq

LONDON 7 Sept.Dua pertiga daripada responden dalam tinjauan pendapat di seluruh dunia berkata, mereka mahu Amerika Syarikat (AS) berundur dari Iraq dalam masa setahun.

Bagaimanapun, kurang separuh daripada mereka turut percaya yang AS tidak akan meninggalkan negara Teluk itu.

Tinjauan pendapat oleh Perkhidmatan Dunia BBC yang melibatkan 23,000 responden dari 22 buah negara mendapati, 67 peratus daripada mereka menyokong tindakan memanggil pulang askar AS dalam masa setahun sementara 49 peratus percaya AS akan mengekalkan anggotanya di Iraq.

Kira-kira tiga daripada lima orang atau 61 peratus warga AS berpendapat, pasukan tentera AS perlu dipanggil pulang dalam masa setahun sementara 24 peratus lebih suka jika pengunduran askar dibuat secepat mungkin.

Sementara itu, 32 peratus menyatakan bahawa AS perlu kekal di Teluk sehingga situasi keselamatan di sana menjadi stabil.

Rakyat di beberapa negara yang turut serta sebagai sekutu AS dalam perang di Iraq menyokong pengunduran dalam masa setahun - 65 peratus di Britain dan masing-masing 63 peratus di Korea Selatan serta Australia.

Hanya tiga negara yang tidak menunjukkan majoriti pengunduran iaitu 17 peratus di India, 44 peratus (Filipina) dan 45 peratus (Kenya).

Tinjauan pendapat oleh GlobeScan dan Program Sikap Polisi Antarabangsa (PIPA) di Universiti Maryland, AS mendapati, secara keseluruhannya, hanya 23 peratus responden berpendapat AS perlu kekal di Iraq.

Presiden GlobeScan, Doug Miller menyatakan bahawa mesej yang disampaikan daripada tinjauan pendapat yang dimulakan pada Mei dan berakhir pada Julai lalu itu amat jelas.

Pendapat umum global dan juga rakyat AS adalah bertentangan dengan polisi luar pentadbiran Bush yang menyatakan keadaan keselamatan di Iraq akan menentukan pemanggilan pulang askarnya. – AFP


: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Sabtu, September 08, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog