2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kenapa Perlu Berhenti MEROKOK?

Tembakau adalah penyebab utama kematian 1 dalam 10 orang dewasa di seluruh dunia yang ianya bersamaan 5 juta kematian setahun. Kebanyakan kematian utama adalah disebabkan serangan penyakit jantung, penyakit yang berkaitan dengan pernafasan dan kanser. Penyakit saluran jantung tersumbat adalah penyebab utama kematian di Amerika Syarikat. Masih nak merokok lagi?

Tahukah Anda?

Dengan mengambil rokok kita telah mengundang penyakit kepada diri kita. Malah kepada orang lain di sekeliling kita juga. Kerana setiap asap rokok yang kita sedut akan memberi kesan kepada paru-paru, otak dan jantung kita. Kandungan tar, nikotina dan bahan kimia yang lain akan menyebabkan penyakit kanser, tibi dan pendarahan dalam otak. Setiap asap rokok yang dihidu mengandungi 4000 bahan kimia dan 200 daripadanya adalah beracun, manakala 43 lagi boleh menyebabkan kanser. Dari asap yang dihidu itu juga boleh menyebabkan darah membeku dan mengakibatkan strok. Strok boleh membunuh dan mengakibatkan buta atau lumpuh.

Mari kita lihat artikel di bawah ini...

Kandungan Bahan Kimia Berbahaya Dalam Rokok (ini adalah sebahagian daripada 4000 bahan kimia) Asap maut! Setiap batang rokok yang dihisap mengandungi racun yang amat berbahaya.

Bahan kimia yang terdapat pada rokok :

1) Aseton (penanggal cat)
2)Ammonia (pencuci lantai)
3)Metanol (bahan api)
4)Naftalena (ubat gegat)
5)Karbon monoksida(gas beracun dari ekzos kereta)
6)Vinil klorida(membuat PVC)
7)Hidrogen Sianida (racun yang digunakan dalam kebuk gas)
8)Toluena
9)Arsenik(racun anai-anai)
10)Fenol
11)Butana (minyak lighter)
12)DDT(racun makhluk perosak)
13)Nikotin(termasuk dlm kategori dadah kerana ia menyebabkan ketagihan)
14)Tar(utk membuat jalanraya)

Bahan kimia yang terdapat pada rokok yang menjadi punca barah :

1) Naphthylamine
2) Kadmium(digunakan dalam bateri kereta)
3) Polonium-201
4) Toluidina
5) Uretana
6) Dibenzakridine
7) Benzopyrine

Perangkaan terbaru menunjukkan 29 % ibu hamil yang merokok walaupun hanya 1 hingga 10 batang sehari menyebabkan anak dalam kandungan mereka cacat. Dan risiko tersebut meningkat kepada 78% kepada yang merokok 20 batang sehari.

Selain daripada itu merokok juga amat membazirkan wang. Mari kita kira berapa banyak wang yang keluar hanya kerana rokok...

Katalah anda merokok jenama yang terkenal, sekotak 14 batang dengan harga RM5.30, kebiasaan kepada mereka yang sudah imun dengan rokok akan merokok paling tidak satu hari sekotak rokok.

1 hari = sekotak (14 batang)= RM5.30
30 hari = 30 kotak (420 batang)=RM159. 00
365 hari = 365 kotak (5110 batang)=RM1934. 50

10 tahun merokok purata anda akan membakar wang sebanyak RM19345.00, cukup untuk sebuah kereta Kancil Baru.

Itu baru yang merokok 14 batang sehari. Yang 20 batang sehari bagaimana? Anda kiralah sendiri.

Ingat!!! Membazir itu sahabat syaitan... Asap itu adalah makanan jin.


KESAN- KESAN KEPADA KESIHATAN DISEBABKAN OLEH TEMBAKAU

Kebanyakkan akibat daripada merokok adalah tidak jelas sehinggalah 3 hingga 4 dekad kebelakangan ini disebabkan oleh serangan akibat daripada merokok tidak berhenti-henti. Ini mengurangkan kesungguhan yang mana topik mengenai isu tembakau mula disentuh sebagai penyebab utama. Kanser paru-paru dan CHD Penyakit jantung koronari) adalah antara sebab biasa kematian disebabkan oleh tembakau, bertanggungjawap bagi 30% jumlah kematian di United Kingdom.

Melalui kajian prospektif oleh Doll dan Peto, yang bermula sejak tahun 1951 dan berlanjutan hingga 40 tahun, terhadap 40,000 doktor lelaki British, menemui yang Merokok adalah berkait rapat dengan penyakit lain seperti kanser pada mulut, oesophagus, larynx, pharynx, dan paru-paru, COPD ( chronic obstructive pulmanory disease) dan juga penyakit-penyakit lain yang melibatkan sistem pernafasan dan peredaran darah.

Kajian prospektif lain pula oleh Rimm et al, keatas 40,000 orang lelaki menemui yang merokok melebihi 15 batang sehari akan menyebabkan kemungkinan dijangkiti diabetes jenis 2.

Kajian oleh Wannamethee et al yang telah diterbitkan, menemui yang perokok yang merokok seumur hidupnya hampir pasti mengalami risiko strok. Risiko yang dihadapi oleh bekas perokok pula hampir pasti seperti mereka yang tidak pernah merokok. Kelebihan daripada berhenti merokok dapat dilihat dalam tempoh 5 tahun.

Sebab Utama Kematian

# Penyakit jantung - 17.2%
# Kanser - 17.0%
# Diabetes Mellitus - 9.1%
# Strok - 8.6%
# COPD dan Asma - 6.3%

Lelaki Lemah Seks Akibat Merokok
Merokok juga meninggikan lagi risiko penyebab kemaluan lelaki untuk gagal menegang dan juga mengakibatkannya gagal berfungsi untuk seks. Dianggarkan 50% lelaki yang mengalami ini berumur disekitar 30 hingga 40 tahun.

Kerosakan lain yang terjadi pada sistem seksual lelaki yang disebabkan oleh merokok adalah:

# Kurangnya airmani semasa pancutan
# Jumlah air mani yang sedikit pada lelaki tersebut
# Bentuk airmani yang tidak seperti biasa
# Pengeluaran airmani yang rosak dan lemah

Muka perokok akan mudah menunjukkan tanda-tanda penuaan, khususnya kedutan, lelaki lebih 2 kali ganda dan wanita pula 3 kali ganda lebih cepat daripada mereka yang tidak merokok. lni adalah kerana, asap tembakau mengurangkan vitamin A yang ada didalam badan kita yang mana berfungsi untuk melindungi kulit. Muka akan kelihatan lebih tua dari umur sebenar, akibat dari satu bahan kimia didalam tembakau yang dipanggil Acetyldehdye, yang boleh memusnahkan sebanyak 20 mg Vitamin C didalam badan kita, hanya disebabkan oleh sebatang rokok.

Perokok Pasif
Beberapa penggalan kata telah digunakan bagi menyatakan tentang "Bernafas didalam asap rokok orang lain", seperti:

# Merokok secara pasif.
# Merokok dengan tidak sengaja
# Merokok secara second-hand
# Asap rokok persekitaran (ETS)

Hanya 15% dari asap (juga dipanggil 'asap rokok utama') dihasilkan daripada rokok yang dibakar ialah disedut oleh perokok tersebut. Selebihnya yang 85% pula dipanggil 'asap sampingan' daripada hujung rokok yang terbakar itu) dikeluarkan keudara mempunyai 2 kali ganda kandungan nikotin dan tar berbanding dengan asap rokok yang disedut oleh perokok tersebut. Ia juga mengandungi:

# 3 kali ganda kandungan carcinogen benzo (a) pyrene.
# 5 kali ganda jumlah Karbon Monoksida
# Sebanyak 50 kali ganda kandungan ammonia.

Tiub-tiub bronkioles pada kanak-kanak adalah kecil dan sistem ketahanan diri mereka belum berkembang sepenuhnya, menjadikan mereka mudah diserang penyakit, apatah lagi kesan dari asap rokok. Oleh kerana laluan udara yang kecil, kanak-kanak bernafas lebih laju daripada orang dewasa. Oleh itu, mereka adalah lebih terdedah dan lebih banyak menyedut asap rokok dan bahan kimia didalamnya berbanding orang dewasa.

Telah dianggarkan yang 700 juta kanak-kanak ( hampir setengah daripada kanak-kanak diseluruh dunia) tinggal dirumah seorang perokok. Merokok pasif juga boleh menjejaskan pertumbuhan kanak-kanak., fizikal mahupun perkembangan mental. Sebuah kajian di USA telah menemui yang kekurangan dalam pembacaan dan pemikiran logik didalam diri kanak-kanak, walaupun terdedah pada kadar asas rokok yang rendah.

Menyedut asap rokok orang lain boleh mengakibatkan tingginya risiko IHD ischaemic heart disease) hingga 30%. Kandungan carcinogens yang terdapat didalam darah dan air kencing seorang bukan perokok yang terdedah kepada asap rokok persekitaran, terutama sekali mereka yang tinggal atau berdamping dengan perokok. Seorang wanita yang tidak pernah merokok seumur hidupnya dianggarkan mempunyai 24% risiko yang lebih besar untuk menghidap penyakit jantung jika dia tinggal dengan seorang perokok.


KANSER @ BARAH PARU-PARU

Apakah kanser paru-paru yang paling kerap terjadi ???

· Kanser paru-paru yang kerap terjadi adalah kanser bronkial.
· Ia adalah kanser yang paling banyak dihidapi sekarang
· Kadar kematian pada kaum lelaki sudah mendatar namun meningkat naik bagi kaum wanita

ROKOK DAN KANSER PARU-PARU ???

· Rokok paling kerap dikaitkan dengan kanser ini.
· Jika anda adalah perokok pasif ( menghidu asap rokok ) risiko mendapat kanser ini adalah 1.5 lebih tinggi

LAIN-LAIN KAITAN


Kanser ini juga dikaitkan dengan:

· Pendedahan pada asbestos : seperti kilang kuari
· dan pada arsenik. kromium, bahan petroleum dan radiasi

APAKAH TANDA - TANDA KANSER INI ???

· Batuk = 42%
· Sakit dada = 22%
· Batuk berdarah = 15%
· Lelah, hilang berat badan, suara serak = 5%

APAKAH YANG DOKTOR LAKUKAN JIKA MENGESYAKI KANSER INI???

· Sejarah kesihatan akan ditanya dengan lengkap
· Pemeriksaan akan dilakukan : kesihatan umum, dada, bahagian badan lain untuk mengesan perebakan ke anggota badan lain seperi tulang, hati, buah pinggang, otak dlll
· Penyiasatan dijalankan :

1. Xray dada : untuk lihat kemungkinan ada ketumbuhan atau sakit lain
2. Ct scan : untuk lihat ketumbuhan, memeriksa saiz ketumbuhan dan perebakan yang mungkin terjadi
3. MRI : seperti Ct scan
4. Bronkoskopi : satu teropong akan disalurkan ke dalam paru-paru untuk melihat ketumbuhan dan mengambil sedikit cebisan tisu bagi analisis patologi
5. Fine needle aspiration biopsi : Jarum halus dicucuk dari luar dada untuk mengambil sedikit tisu bagi analisis patologi

APAKAH RAWATAN YANG ADA ???

1. Pembedahan : Namun hanya 20% yang masih boleh dilakukan, selebihnya pesakit telah terlalu teruk. Sebahagian paru-paru akan dibuang.
2. Radioterapi : Untuk mematikan sel kanser sebagai rawatan penyembuhan atau paliatif (sebagai pangurang kesengsaraan )
3. Kemoterapi : Ada jenis kanser paru-paru yang boleh dirawat dengan kemoterapi. Rawatan melalui kombinasi beberapa bahan kemoterapi.

BAGAIMANA KANSER INI DAPAT DIKESAN LEBIH AWAL ???


Saringan boleh dilakukan namun tidaklah begitu berkesan.

Caranya : Xray dada : 1 tahun sekali

Periksa kahak : 4 bulan sekali

Petua atasi keinginan merokok

1 - Melengahkan tindak balas keinginan merokok. Katakan nanti dulu setiap kali ingin merokok.
2 - Menarik nafas panjang selama lima saat dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang tiga hingga lima kali.
3 - Minum air galian atau masak dengan banyak.
4 - Melakukan kegiatan yang boleh mengalihkan fikiran daripada rokok seperti berkebun.
5 - Melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, 20 minit setiap sesi.
6 - Membasuh tangan atau mandi setiap kali teringin merokok.
7 - Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah dan lobak merah (elak mengunyah benda manis).
8 - Memohon doa dan berazam untuk berjaya membuang tabiat merokok.


: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Isnin, September 17, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog