2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kekalkan ikatan suci keakhir hayat

APABILA melihat pasangan yang sudah berpuluh tahun berkahwin tetapi masih intim dan saling berpegangan tangan, kadangkala tertanya juga bagaimana mereka mengekalkan hubungan romantis itu.

Ini kerana ada pasangan yang bercinta bagaikan dunia ini mereka yang punya tetapi apabila melayari bahtera rumah tangga, cinta bagaikan susu masam dan perkahwinan jadi porak-peranda.

Bagi mereka yang kekal suami isteri sehingga ke akhir hayat, perlu ada pengorbanan. Tanpa sifat sabar, menghormati pasangan dan saling mempercayai antara satu sama lain, kerukunan hidup berumahtangga tidak akan berpanjangan.

Cuba ikuti panduan di bawah, semoga anda boleh memperbaiki kelemahan yang sebelum ini anda tidak sedari dalam kehidupan suami isteri:

-Dengarlah dengan baik

Antara masalah besar dalam rumah tangga ialah suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan suami, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

- Bercakaplah mengenai apa yang disukai lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau mempertingkatkan ekonomi rumah tangga.

- Katakanlah dia penting dalam hidup anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya atau menganggap jika berlaku perceraian, ramai lelaki yang lebih baik sikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

- Jangan katakan menyesal mengahwininya

Apabila anda menyatakan kesal mengahwini suami anda, dia akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan kekesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya berusaha untuk gembira anda mengahwininya.

- Elakkan pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegur atau menasihatkannya, kerana dia sudah bersedia dengan peluru tohmahan dan kejian serta air mata. Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, elakkan pergaduhan dan jangan mulakannya.

- Jangan menyalahkan, minta maaf bila bersalah

Jika sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap anda seorang yang keras kepala, keras hati dan sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin menganggap gagal membentuk diri anda sebagai isterinya dan mungkin faktor itu menyebabkan dia mencari jalan keluar.

- Hidup bukan hanya di dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia bertindak dengan akal yang sempit dan berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat bergantung kepada betapa baiknya anda terhadap suami dalam menjalankan tanggung jawab sebagai isteri.

- Terima suami seadanya

Mungkin tiada perkataan lebih sesuai untuk menyatakan ini selain `terimalah lelaki seadanya'. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda ialah mengenali lelaki, bukan mengubah lelaki.

Cara kekalkan kasih suami

Hakikatnya, tugas isteri zaman moden bukanlah mudah kerana kebanyakan mereka bekerja. Di samping tugas di pejabat, wanita juga mempunyai tanggungjawab kepada keluarga iaitu anak dan suami.

Tanggungjawab mungkin boleh diserahkan kepada pembantu rumah jika anda terlalu sibuk tetapi bagaimana dengan suami?

Bukan sedikit cerita suami mengadakan hubungan sulit dengan pembantu rumah gara-gara kelalaian isteri tidak melayan suami dengan baik.

Justeru, bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga, di sini diberi 15 panduan lagi bagaimana isteri boleh memikat hati suami.

- Jika marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahulah suami apa yang menganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami.

- Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh, hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan.

- Bila memesan barang kepada suami ke kedai, senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan suami ke kedai dua kali.

- Tanya suami bila dia mahu berehat atau tidur.

- Peluk suami dengan kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

- Telefon suami di tempat kerja jika perkara itu penting. Telefon dengan kerap jika suami suka.

- Jika suami perlu menjauhkan diri sekali sekala, tanya bila dia akan pulang.

- Jangan ganggu suami jika asyik melakukan sesuatu.

- Apabila suami marah, jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar apabila suami sudah tenang.

- Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepada suami kerja rumah yang memerlukan bantuannya, pilih kerja yang suami suka dan jangan suka mengarah. Gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.

- Pesan kepada suami supaya menelefon ke rumah jika dia bertugas di luar. Jangan pula melenting jika dia terlupa berbuat demikian, beritahu dia yang anda cuma risau.

- Sentiasa kemas, anggun dan menggunakan wangian sebelum tidur bersama.

- Sokong pendapat suami walaupun kadangkala pendapatnya berbeza dengan orang lain.

- Bila keluar berkereta, jangan ganggu suami yang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan selagi suami tidak meminta berbuat demikian. Jangan berleter apabila suami tersalah jalan, bersangka baik apabila tersesat jalan.

- Peluk dan belai suami sekali sekala tanpa impian seksual.


: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Jumaat, September 14, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog