WASHINGTON: Sekumpulan saintis Amerika Syarikat mendakwa penghidap barah antara pembunuh utama di dunia boleh dipulihkan menerusi suntikan sel imun milik orang lain menerusi kaedah yang bakal ditawarkan dalam masa dua tahun lagi.
Akhbar Britain The Telegraph melaporkan, penyelidik Fakulti Perubatan Universiti Wake Forest sudah diberi kelulusan melakukan kaedah memberi pesakit sel kuat milik penderma yang didakwa dapat membunuh sel barah berkenaan.
Salah seorang penyelidik, Dr Zheng Cui berkata, eksperimen di makmal menunjukkan sel imun orang lain terbukti hampir 50 kali lebih berkesan dalam usaha memerangi sel barah berbanding kaedah lain.
Kajian Dr Cui dan rakannya yang disiarkan edisi terbaru New Scientist, menunjukkan sel daripada tikus makmal didapati kebal terhadap barah dan boleh digunakan bagi memulihkan masalah ketumbuhan yang dialami tikus lain.
Kejayaan itu menghasilkan prospek penggunaan sel sistem imun yang dapat membunuh barah dikenali granulocytes daripada penderma yang dapat meningkatkan keupayaan penghidap barah memerangi ancaman maut itu dan sekali gus memulihkan mereka.
"Harapan kami adalah supaya satu penawar dapat diwujudkan pada kesudahannya. Ia terbukti boleh dicapai menerusi kejayaan ujian klinikal awal kami.
"Jika ia terbukti benar dan berkesan biar pun separuh kesannya ke atas manusia seperti dibuktikan menerusi ujian ke atas tikus makmal, penawar itu dapat diwujudkan dalam tempoh dua tahun lagi dan menjamin kehidupan lebih berkualiti kerana bebas barah," katanya.
Dr Cui berkata, teknologi diperlukan sememangnya sudah wujud.
"Oleh itu, jika ia terbukti berkesan ke atas manusia, sudah pasti lebih banyak nyawa dapat diselamatkan dan itulah yang bakal berlaku dalam masa dua tahun lagi," katanya.
Dr Cui juga yakin ramai pesakit yang dapat menikmati manfaat teknik itu dalam masa terdekat kerana ia membabitkan proses mendapatkan granulocytes yang sama seperti kaedah digunakan hospital bagi mendapatkan komponen darah sama ada plasma atau platelet. - Agensi
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Sabtu, September 22, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kaedah pulih barah ditemui silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "