2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Intipati Bajet 2008 (Am)

* Tempoh pembayaran balik cukai pendapatan dipendekkan dari enam bulan ke 14 hingga 30 hari bagi penghantaran menerusi sistem e-filing.

* Pendaftaran perniagaan baru diluluskan dengan serta merta berbanding tiga hari sebelum ini.

* Tempoh kelulusan Laporan Penilian Impak Alam Sekitar dipercepatkan dari tiga bulan ke lima minggu.

* Mulai 1 Jan 2008, taksiran duti setem urusan pindah milik hartanah boleh dibuat berdasarkan penilaian pihak swasta bagi memastikan proses pindah milik boleh diteruskan sementara menunggu penilian muktamad Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

* Mulai 1 Jan 2008 Jabatan Kastam akan menggabungkan 16 borang kastam kepada empat borang.

* Jabatan Imigresen akan pendek tempoh proses permit kerja daripada 14 hari kepada tujuh hari untuk pekerja berkemahiran berkuatkuasa 1 Jan 2008.

* Jabatan Imigresen akan memperkenalkan satu kategori visa baru bagi ahli perniagaan dan profesional asing yang mempunyai tempoh sah lebih panjang berkuatkuasa 1 Jan 2008.

*Mulai 1 Jan 2008 proses mendapatkan pas lawatan profesional bagi pekerja berpengetahuan akan dipercepatkan dengan membolehkan permohonan dibuat di pejabat kedutaan dan konsulat Malaysia di luar negara.

*Berkuatkuasa 1 Jan 2008, warganegara China dan India boleh memohon "multiple entry visa" (MEV) membuat permohonan di pusat kewangan antarabangsa seperti New York, London, Hong Kong dan Singapura.

*Lembaga Pengawasan Perakauan Syarikat Awam akan ditubuhkan di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti bagi mengawasi juruaudit syarikat awam ke arah meningkatkan mutu dan kesahian audit ke atas penyata kewangan syarikat awam.

*Kod Tadbir Urus Korporat yang sedang dipinda untuk meningkatkan kualiti lembaga pengarah syarikat awam akan berkuatkuasa 1 Okt 2007.

* Pengeculian 50 peratus duti setem diberi ke atas surat cara pindah milik bagi sebuah rumah yang tidak melebihi RM250,000 seunit.

* RM6.5 bil diperuntukan bagi sektor pertanian. Antara program yang dilaksanakan ialah menggalakkan florikultur, herba dan rempah ratus.

* RM236 juta disediakan untuk bioteknologi. Antara projek yang akan dilaksanakan pembangunan pusat penyelidikan biodiversiti, pusat komersialisasi bioteknologi serta penyelidikan kompaun anti kanser.

* Usaha memperhebatkan promosi MSC Malaysia di persada antarabangsa akan diadakan termasuk pengajuran Minggu ICT Dunia di Kuala Lumpur pada Mei, 2008 dan persidangan World Congress on IT 2008.

* Daya tarikan Cyberjaya akan dipertingkatkan sebagai Bandar Siber Utama untuk menarik syarikat teknologi bertaraf dunia. Ini termasuk membina sekolah antarabangsa, perumahan mampu milik serta mempertingkatkan tahap keselamatan kawasan itu.

* RM858 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan pelbagai program untuk meningkatkan lagi daya tarikan negara sebagai destinasi pelancongan utama.

* RM22 juta disediakan untuk tingkatkan aktiviti homestay bagi 47 buah kampung terpilih.

* RM30 bil diperuntukan bagi Kementerian Pelajaran termasuk pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

* Peruntukan RM500,000 akan diberi bagi setiap sekolah kluster untuk tujuan aktiviti kokurikulum, latihan dan pembelian peralatan pembelajaran.

* Mulai 2008, yuran tahunan sekolah rendah dan menengah dimansuhkan.

* Mulai 2008, Skim Pinjaman Buku Teks diperluaskan kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan isu rumah dan bilangan anak yang layak.

* Pelajar sekolah daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM1,000 sebulan dan kebawah akan diberi sepasang pakaian seragam percuma bagi satu kegiatan ko-kurikulum beruniform.

* Elaun guru pendidikan khas dinaikkan daripada RM100 kepada RM250 sebulan.

* Kadar elaun guru ganti berkelulusan ijazah dinaikkan daripada RM85 kepada RM150 sehari.

* Guru mengajar bahasa Cina dan Tamil di Sekolah Kebangsaan diberi elaun RM60 sejam bagi lepasan ijazah dan RM50 sejam bagi lepasan diploma.

* Guru pesara akan diambil untuk berkhidmat sebagai guru ganti dan tenaga pengajar untuk guru pelatih

* Sekolah rendah dan menengah yang diusahakan badan amanah dan pertubuhan amal diberikan pengecualian cukai pendapatan.

* RM2 bil diperuntukan kepada pelbagai agensi latihan kerajaan untuk meningkatkan bilangan dan kualiti pekerja terlatih selaras dengan keperluan pasaran.

* RM480 juta diperuntukkan untuk program latihan GiatMARA dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) serta latihan kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara.

* RM550 juta diperuntukkan untuk menaik taraf politeknik dan kolej komuniti bagi meningkatkan kapasiti institusi latihan tersebut.

* RM750 juta diperuntukkan untuk membina sebuah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Taiping.

* Skop Tabung Pembangunan Sumber Manusia akan diperluaskan dan kelonggaran akan diberikan kepada syarikat untuk memilih program latihan dan pendidikan lanjutan kepada kakitangan.

* Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad (2001) akan dipinda antaranya bagi membolehkan majikan mendapat bantuan kewangan bagi melatih pekerja sehingga peringkat sarjana dan ijazah doktor falsafah, terutama dalam bidang teknologi baru dan teknologi tinggi.

* Untuk tahun 2008, seramai 50,000 pekerja dalam sektor pembinaan akan dilatih dalam program latihan Masterskills dengan kos berjumlah RM100 juta.

* Bagi tahun 2008, Dana Sains diperuntukkan RM230 juta dan Dana Tekno diperuntukan RM300 juta, dan RM546 juta disediakan bagi program R&D institusi.

* Kadar pembayaran royalti kepada penyelidik ditingkatkan kepada 80 peratus dan baki 20 peratus kepada institut penyelidikan.

* Lebih banyak pejabat perlesenan teknologi akan ditubuhkan di institusi penyelidikan seperti SIRIM dan Universiti Sains Malaysia

* Knowlegde Workers Development Institute akan dibangunkan di Cyberjaya bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi menepati permintaan industri ICT.

* RM12 bil diperuntukan untuk mentransformasikan sektor pengajian tinggi negara bagi menghasilkan modal insan kelas pertama serta membangunkan institusi pengajian tinggi bertaraf dunia.

* Mulai 2008, Jabatan Perkhidmatan Awam akan meningkatkan jumlah pelajar tajaannya bagi ijazah pertama di universiti tempatan daripada 5,000 setahun kepada 10,000 setahun.

*Elaun sara hidup pelajar tajaan JPA di semua peringkat pengajian tinggi tempatan, termasuk kursus persediaan dan kursus bahasa, dinaikkan antara 23 peratus sehingga 84 peratus berkuatkuasa mulai semester pertama sesi 2007.

* Elaun sara hidup pelajar tajaan JPA di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada dinaikkan sehingga 97 peratus, iaitu hampir dua kali ganda, berkuatkuasa September 2007

* RM2 bil diperuntukan kepada pelbagai agensi latihan kerajaan untuk meningkatkan bilangan dan kualiti pekerja terlatih selaras dengan keperluan pasaran.

* RM480 juta diperuntukkan untuk program latihan GiatMARA dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) serta latihan kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara.

* RM550 juta diperuntukkan untuk menaik taraf politeknik dan kolej komuniti bagi meningkatkan kapasiti institusi latihan tersebut.

* RM750 juta diperuntukkan untuk membina sebuah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Taiping.

* Skop Tabung Pembangunan Sumber Manusia akan diperluaskan dan kelonggaran akan diberikan kepada syarikat untuk memilih program latihan dan pendidikan lanjutan kepada kakitangan.

* Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad (2001) akan dipinda antaranya bagi membolehkan majikan mendapat bantuan kewangan bagi melatih pekerja sehingga peringkat sarjana dan ijazah doktor falsafah, terutama dalam bidang teknologi baru dan teknologi tinggi.

* Untuk tahun 2008, seramai 50,000 pekerja dalam sektor pembinaan akan dilatih dalam program latihan Masterskills dengan kos berjumlah RM100 juta.

* Bagi tahun 2008, Dana Sains diperuntukkan RM230 juta dan Dana Tekno diperuntukan RM300 juta, dan RM546 juta disediakan bagi program R&D institusi.

* Kadar pembayaran royalti kepada penyelidik ditingkatkan kepada 80 peratus dan baki 20 peratus kepada institut penyelidikan.

* Lebih banyak pejabat perlesenan teknologi akan ditubuhkan di institusi penyelidikan seperti SIRIM dan Universiti Sains Malaysia

* Knowlegde Workers Development Institute akan dibangunkan di Cyberjaya bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi menepati permintaan industri ICT.

* Duti import dan cukai jualan dikecualikan ke atas peralatan jalur lebar dan peralatan capaian pengguna.

* Potongan cukai diberi kepada majikan yang menyediakan manfaat komputer baru dan pembayaran langganan jalur lebar bagi kakitangan, dan manfaat yang diterima oleh kakitangan juga diberi pengecualian cukai.

* RM381 juta disediakan bagi melaksanakan perumahan rakyat kos rendah dan daripada jumlah itu RM191 juta bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) Disewa dan RM190 juta bagi PPR Bersepadu.

* Kerajaan sedia dana sebagai jaminan kepada bank untuk memberi pinjaman perumahan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap bagi membiayai pembelian rumah kos rendah dan sederahan.

* Mulai 1 Jan 2008, sebanyak RM50 juta disediakan oleh kerajaan sebagai jaminan kepada Bank Simpanan Nasional dan Bank Islam Berhad.

* Pencarum KWSP dibenar keluar baki Akaun 2 mereka setiap bulan untuk tujuan membantu pembayaran ansuran pinjaman perumahan.

* RM887 juta diperuntukkan untuk membina lebih banyak kuarters kakitangan awam di seluruh negara.

* RM12 bil akan dibelanjakan untuk meningkatkan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dalam tempoh empat tahun akan datang.

*RM4 bil diperuntukkan untuk projek meningkatkan kualiti hidup di Sabah.

*RM4 bil diperuntukkan untuk projek pembangunan di Sarawak.

*Pelepasan cukai individu sehingga RM300 setahun diberi ke atas pembelian peralatan sukan dan senaman.

* Bon bernilai RM2 bil akan diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia untuk dilanggan oleh warga emas yang berumur 55 tahun ke atas yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

* Kadar elaun pekerja OKU ditambah daripada RM200 kepada RM300

* Bantuan khas sebanyak RM300 sebulan kepada penjaga OKU yang terlantar dan pesakit yang mengidap penyakit kronik.

Sumber dipetik dari BERNAMA


: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Sabtu, September 08, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog