Rabu : 23 April 2025   
@ 25 Syawal 1446H / 2:21 AM

20Khamis,September

Husam: Kerajaan tidak serius kawal pembalakan haram

KOTA BARU: Kesal dengan dakwaan kemusnahan hutan terbesar dikatakan paling teruk berlaku di Kelantan, kerajaan negeri itu hari ini mendakwa Kerajaan Pusat sebenarnya tidak bersungguh-sungguh membendung kegiatan pembalakan haram di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa berkata kegiatan pembalakan hutan di Kelantan masih terkawal berbanding beberapa negeri lain.

"Saya diminta menggantikan Menteri Besar (Nik Abdul Aziz Nik Mat) untuk menghadiri mesyuarat Majlis Perhutanan Negara yang bersidang di Putrajaya semalam.

"Kita kesal bila kegiatan pembalakan haram dikatakan banyak berlaku di Kelantan sedangkan mengikut pemerhatian kerajaan negeri, kegiatan itu masih rendah jika dibandingkan dengan beberapa negeri lain termasuk Pahang, Perak dan Kedah," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri yang dipengerusikan Nik Aziz di sini, hari ini.

Husam turut melahirkan rasa kecewa kerana isu pembalakan haram di Kelantan tidak disentuh dalam mesyuarat Majlis Perhutanan Negara semalam, tetapi disebut kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Husam, yang juga naib presiden PAS, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyebut hutan di Kelantan merupakan negeri paling teruk mengalami kemusnahan akibat kegiatan pembalakan haram. (
Akta Perhutanan Akan Dipinda Untuk Halang Pembalakan Haram - Bernama)

Pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perhutanan Negara ke-21 di Putrajaya semalam, Najib berkata kegiatan pembalakan haram di negara ini dianggap sebagai serius dengan Pahang, Perak dan Kedah mendahului negeri-negeri lain.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, kegiatan pembalakan haram paling teruk berlaku di Kelantan tetapi oleh kerana kerajaan negeri itu telah menarik balik pewartaan hutannya, kegiatan itu dianggap sah.

Husam berkata isu pewartaan terutama di Lojing tidak sepatutnya timbul kerana kawasan berkenaan diwartakan sebagai kawasan pembangunan semasa Kelantan masih lagi dikuasai Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, Husam berkata kerajaan pusat tidak mempunyai komitmen yang tinggi dan langkah konkrit bagi membendung kegiatan pembalakan haram di negara ini.

"Kegiatan pembalakan haram ini telah lama dibincangkan tetapi sehingga kini tidak ada program yang benar-benar dirancang untuk membanteras pembalakan haram ini.

"Contohnya, penggunaan remote sensing untuk mengesan kegiatan pembalakan haram telah lama dirancang namun masih belum dilaksanakan kerana Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mendakwa tidak ada peruntukan daripada Kementerian Kewangan untuk membeli peralatan berkenaan.

"Kita berpendapat, pusat tidak komited dalam hal ini," katanya. - BERNAMA



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Khamis, September 20, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog