2+4 hrs...Twogether Fourever

/

China miliki bangunan tertinggi

SHANGHAI 4 Sept.Pusat Kewangan Dunia Shanghai secara rasminya hari ini menjadi bangunan tertinggi di China apabila siap setelah pembinaannya tergendala selama lebih 10 tahun.

Menara berbentuk baji dengan lubang segi empat tepat di bahagian puncaknya itu mencapai ketinggian maksimumnya 492 meter hari ini apabila alang terakhirnya dipasang sewaktu hujan hujan renyai-renyai.

Di bandar raya yang melambangkan kepercayaan “lagi tinggi, lagi baik” ini, bangunan 101 tingkat yang dibina oleh jutawan hartanah Jepun, Minoru Mori itu sudah tentu menjadi mercu tanda dan tarikan utama pelancong.

Dengan pertumbuhan ekonomi China hampir mencecah 12 peratus setahun dan harga hartanah melambung tinggi, Mori menyifatkan pencapaian hari ini sebagai tepat pada waktunya.

Apabila saya memandang bangunan itu pada ketinggian maksimumnya pagi ini, saya terpegun dengan kecantikannya.

Saya berpendapat kami telah benar-benar berjaya,” kata beliau kepada wartawan di Menara Jinmao yang sebelum ini adalah bangunan tertinggi di China dengan ketinggian 421 meter.

Pusat Kewangan Dunia bernilai 115 bilion yen (RM3.4 bilion) itu dibina oleh Mori Building Co. dan dijadual siap sepenuhnya untuk Sukan Olimpik Beijing 2008.

Ia mencerminkan cita-cita bandar raya ini untuk mendapat kembali statusnya sebagai sebuah pusat kewangan penting.

Projek itu juga membuktikan ketegangan politik yang kerap berlaku antara China dengan Jepun tidak menjadi penghalang kepada kerjasama dalam sektor ekonomi.

Mori membeli tanah untuk projek mega di kawasan Lujiazui di sini pada 1994.

Kerja penanaman cerucuk bermula pada 1997 dan kemudian terhenti enam tahun selepas krisis kewangan Asia membantutkan permintaan untuk ruang pejabat baru. – AP



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Sabtu, September 15, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog