Ahad : 27 April 2025   
@ 29 Syawal 1446H / 7:07 PM

21Jumaat,September

Berbuka Puasa Di Hotel Hukumnya Harus - Dr Abdullah

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) - Berbuka puasa di hotel harus hukumnya dalam Islam asalkan individu berkenaan mampu dan tidak mempunyai niat untuk menunjuk-nunjuk atau membazir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin.

"Berbuka puasa di hotel dibolehkan bagi mereka yang mampu. Tidak perlulah untuk menghangatkan isu ini kerana hukumnya dalam Islam adalah harus dan ia tidak sepatutnya diperdebatkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kewangan dan peralatan perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendapat beberapa ulama bahawa berbuka puasa di hotel tidak digalakkan kerana bulan Ramadan bukan pesta makanan yang membazir tetapi ia bulan berjimat cermat.

Para ulama juga berpendapat bahawa jika seseorang itu berbuka puasa di hotel dengan tujuan kemegahan, menunjuk-nunjuk atau untuk membangga diri, ia diharamkan.

Abdullah berkata jika seseorang individu itu berkemampuan dari segi kewangan maka tidak salah untuk berbuka puasa di hotel asalkan ia dilakukan untuk tujuan baik.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan mereka yang kurang berkemampuan supaya berjimat agar wang yang ada itu boleh dibelanjakan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Abdullah menasihatkan orang ramai supaya berbuka di premis yang mempunyai logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Jumaat, September 21, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog