Menteri Besar Kelantan
Secara kebetulan, sewaktu bajet 2008 sedang dibentangkan, saya sedang mentelaah maksud Surah Al Ahqaaf Ayat 29 – 35 mengenai kisah serombongan jin.
Walaupun kesemua ayat-ayat ini cukup menarik, mari kita mukadimmahkan artikel ini dengan petikan Ayat Ke 29 surah berkenaan untuk renungan:
“Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaannya (lalu) mereka berkata: “Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)”. Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.”
Belanjawan adalah satu pelan perancangan. Ia adalah “planning tool”. Dalam mana-mana pelan perbelanjaan untuk masa hadapan, tidak dapat tidak ia adalah pengisytiharan untuk memberitahu apa yang akan dilakukan di tahun seterusnya.
Ini projeknya dan ini jumlah wangnya. Di mana, untuk siapa dan faedah-faedah jangkaannya. Ini perkara biasa. Bagaimanapun, dalam asyik bercerita itulah, orang yang berada di atas boleh leka memukul canang bahawa ini dari saya dan itu dari saya untuk kamu kepada kamu. Ini yang saya fikir perlu diperbetulkan.
Mengagih-agihkan nikmat Allah
Sepatutnya dalam masa ucapan belanjawan, kita jangan dilihat putus dengan tali Allah Yang Maha Kaya dan Maha Memiliki seluruh Kerajaan Langit dan Bumi. Kita cuma perancang dan pengatur dalam meramukan apa jua anugerah yang sedia ada. Sehabis boleh kita dakwa hanyalah kita membuat penemuan.
Kita “discover” satu kaedah baru misalnya dalam mengagih-agihkan nikmat Allah SWT. Ini baru dinamakan syukur dalam erti kata yang sehabis asli.
Persoalan yang penting ialah sama ada belanjawan itu membawa keadilan atau tidak kepada seluruh masyarakat tanpa mengira bulu?
Dimanakah misalnya faedah-faedah hiliran yang mungkin dapat dikutip oleh kontraktor-kontraktor kecil dari kek baru belanjawan 2008 yang bernilai RM159 bilion itu? Apakah nasib sebahagian penduduk Melaka yang diancam oleh kekotoran bau dan air najis khinzir boleh terbela dengan ucapan Belanjawan itu? Apakah langkah strategik untuk membendung kenaikan harga barang-barang yang boleh dijanjikan oleh belanjawan kali ini
Ertinya di sini, belanjawan harus berbicara dan berkomunikasi secara langsung dengan kehidupan dan hati nurani rakyat. Bertolak dari keadilan berasaskan Ayat 90 Surah An Nahl Allah SWT ada berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”
Ayat ini sangat dituntut oleh Allah SWT sehingga ia dibaca oleh semua Tok-Tok Khatib di Mimbar Jumaat secara mingguan.
Belanjawan Negara 2008 mesti mampu membuat “spiritual address” yang begini. Bersifat mesra kebajikan, berpaksikan keadilan. Adil pula bermakna meletakkan segala sesuatu sesuai dengan tempatnya.
Di Kelantan misalnya, apa erti belanjawan negara yang ada menyediakan sejumlah peruntukan tertentu untuk negeri ini tetapi ia ditadbir, diurus, dipantau dan dilaksanakan oleh JPP tanpa melalui Kerajaan Negeri.
Tentu semua orang boleh bersetuju bahawa Kerajaan Kelantan ini adalah sebuah kerajaan demokratik yang sah. Membuat “political bypass” melalui JPP adalah sebuah pencolekan kuasa (power hijack) atau coup de’ tat yang nakal dari pemilik khazanah di Pusat.
Kelantan dizalimi berbelas kali dalam belanjawan negara
Maka, tinggallah kami bermata putih, terkelip-kelip bagaikan tikus kurus yang cuma memerhati wang dan peruntukan, one-off dan subsidi lalu hilir mudik di depan tangga kami.
Tidakkah pembentang belanjawan negara sedar bahawa JPP yang diwujudkan di Kelantan telah meletakkan mercu tanda keangkuhan yang membibitkan pula penindasan, penyelewengan kuasa, pembaziran dan pertindihan fungsi?
Bagaimana boleh kita bayangkan seorang Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri yang sah tiba-tiba dinafikan hak untuk mengikuti perancangan dan mengikuti pemantauan pelaksanaan semua projek yang diatur didalam rumah tangganya.
Ini bukan berlaku setahun dua, bahkan sudah memasuki pusingannya bagi kali yang ke-17. Ia dikitar kezalimannya sudah berbelas kali.
Jika kami takdirnya salah, tolong jelaskan di mana salahnya Kerajaan Kelantan sekarang.
Salahkah dengan demokrasi atau dengan Islam sehingga semua peruntukan pembangunan daripada Pusat mesti diserahkan melalui JPP yang lengkap dengan kerajaan sendiri.
Sekali difikir-fikir, seakan-akan Kerajaan Kelantan yang ada ini tidak sah. Ia dibatalkan keabsahannya oleh Kerajaan Pusat melalui JPP.
Bagaimanapun, terkini, apa yang mula kelihatan ialah adanya sedikit kerjasama dan keterbukaan sewaktu bajet dibentangkan.
Kelantan juga turut merasai adanya cadangan-cadangan seperti mengadakan Universiti-Universiti, jalan-jalan raya termasuk Jambatan Kedua Sultan Yahya. Saya berharap, keterbukaan kedua-dua belah daun pintu ini akan dapat hidup subur, disegera dan dikekalkan.
Ia terbuka untuk meraikan kerjasama dan dapat dirapatkan semula jika keadaan memerlukan.
Keadilan bukan sahaja tuntutan demokrasi bahkan kewajiban Islam yang akan dibalas dengan syurga dan neraka.
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Rabu, September 19, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Belanjawan Negara: Kelantan dizalimi berbelas kali silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "