Pakar PBB dakwa majoriti wanita HIV sudah berkahwin
COLOMBO: Satu kajian terbaru mendedahkan penularan wabak Aids di Asia d
isebabkan oleh lelaki kaya yang tidak setia dan kerap mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan dengan pelacur.
Hasil kajian itu terbukti bertentangan dengan tanggapan yang mengaitkan
HIV/Aids berpunca daripada kemiskinan.
“Pelanggan pelacur menyebabkan kebanyakan kes HIV di Asia. Kebiasaannya mereka adalah lelaki kaya,” kata Ross McLeod, pakar ekonomi, ketika membentangkan hasil kajian bersama oleh Bank Pembangunan Asia (ADB) dan UNAIDS.
Kajian pelbagai negara itu mendapati HIV tidak semestinya menular disebabkan kemiskinan.
“Lelaki kaya yang menyebarkan virus itu. Di Kemboja, 12 peratus daripada lelaki terkaya menyebarkan virus itu,” kata McLeod pada Persidangan Antarabangsa Ke-8 mengenai Aids di Asia dan Pasifik (ICAAP) di ibu negara Sri Lanka, kelmarin, yang dipetik Times of India, semalam.
Pegawai ADB, Jacques Jeugmans, berkata kemiskinan tidak menyumbang kepada peningkatan risiko jangkitan itu sebaliknya Aids meningkatkan risiko kemiskinan.
McLeod berkata, jangkitan di kalangan wanita kaya Asia juga menunjukkan peningkatan kes, sambil menambah 70 peratus kes di Asia adalah lelaki tetapi ia adalah permulaan perubahan.
Seorang anggota pakar kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberitahu persidangan itu bahawa majoriti wanita HIV positif di rantau itu sudah berkahwin.
“Berikutan itu, mereka cuma melakukan hubungan seks dengan suami masing-masing. Ini menyebabkan kami merumuskan yang wanita berkenaan dijangkiti virus bukan atas kesilapan mereka, sebaliknya dari suami curang yang melakukan hubungan seks dengan pelacur,” katanya.
Kajian merujuk kepada lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan ramai pasangan, termasuk pelacur dan sanggup mengambil risiko dengan tetapi tidak menggunakan kondom atau mengamalkan seks selamat.
Sementara itu, Pakar Epidemiologi India, Swarup Sarkar, yang juga Pengarah Serantau UNIAIDS bagi Asia Selatan, berkata walaupun kajian itu projek berterusan, ia sudah pun menunjukkan implikasi besar terhadap usaha menangani penularan HIV/Aids di Asia.
“Sebagai contoh, satu hasil kajian penting ialah mengenai cara virus itu menular di negara Asia. Ia selalunya bermula di kalangan penagih dadah yang menggunakan suntikan pada tahun 1990-an.”
“Ini diikuti dengan pelacur, dan dari situ kepada pelanggan lelaki dan kepada isteri mereka yang setia.” – Agensi
try
,
Sabtu, Ogos 25, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
Suami kaya sebar wabak Aids di Asia silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "