/

Saintis Britain mahu cipta embrio manusia-haiwan

Ahli sains beri alasan untuk hasil ubat penyakit Alzhemer, 'motor neurone'

LONDON: Sekumpulan saintis terkemuka Britain sudah mengemukakan rayuan terakhir satu usaha kontroversi iaitu menghasilkan hibrid embrio atau janin gabungan manusia-haiwan yang pertama seumpamanya di dunia.

Nasib’ mereka, bagaimanapun, bakal diketahui minggu depan apabila Pihak Berkuasa Persenyawaan dan Janin Manusia, mengumumkan keputusan membenarkan makmal menghasil janin sedemikian.

Isu itu sememangnya kontroversi kerana membabitkan penggunaan telur haiwan oleh saintis yang mengeluarkan sebahagian genetiknya digantikan DNA sel manusia.

Ia didakwa boleh digunakan bagi tujuan pembentukan sel tunjang yang menjadi sebahagian kajian merawat penyakit genetik seperti masalah saraf atau ‘motor neurone.’

Bagaimanapun, kaedahnya mendapat kecaman kumpulan agama mempertahankan larangan menggabungkan sel manusia-haiwan yang dianggap sebagai tidak beretika.

Saintis terkemuka, Dr Stephen Minger sebaliknya mempertahankan tindakan itu dan sudah pun mengemukakan permohonan mendapatkan lesen menggunakan hibrid atas alasan membolehkan pemahaman lebih mendalam mengenai penyakit saraf seperti Alzheimer dan lainnya.

Saya yakin pihak berkuasa akan memberi kami lesen itu. Saya juga berharap kami dapat meyakinkan mereka yang penyelidikan ini amat penting bagi manfaat perubatan, termasuk mengkaji dan memahami penyakit keturunan.

Sel baru itu dapat digunakan bagi menghasilkan terapi penyakit seperti Alzheimer yang dihidapi ramai, tetapi tiada rawatan baginya setakat ini.

Minger yang juga Pensyarah Kanan Biologi Sel, Kolej King di London, percaya lebih penyelidikan menggunakan teknologi hibrid berasaskan telur dan air mani manusia itu lebih wajar kerana saintis boleh menggunakan telur diambil dari dalam rahim beribu-ribu lembu yang disembelih setiap hari. – Agensi
try , Selasa, Ogos 28, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog