2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 11:28 PM

13Isnin,Ogos

Manuskrip Melayu di Liverpool

BERNILAI TINGGI: Surat Sultan Kedah, Sultan Ahmad
Tajuddin Halim Shah kepada Raffles hampir
200 tahun lalu.


Perpustakaan Britain simpan koleksi surat sultan kepada Raffles berusia 196 tahun

LIVERPOOL: Surat daripada sultan dan pembesar Melayu yang bertarikh 1811 adalah antara beberapa manuskrip mengkagumkan yang kini dipamerkan di Perpustakaan Liverpool, di sini.

Pada pameran bertajuk Spice of Life: Raffles and Malays World, antara surat ini termasuk daripada Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, sepucuk surat berhias indah daripada Engku Sayid Muhammad Zain al-Kudsi dari Lingga dan sepucuk surat Sultan Syarif Kasim dari Pontianak.

Semua surat ini ditulis kepada pengasas Singapura, Sir Stamford Raffles ketika beliau berada di Melaka.

Koleksi yang dibawa oleh The British Library ke Liverpool ini mempamerkan bukan saja sejarah hidup Raffles tetapi juga hubungannya dengan dunia Melayu dan raja-raja.

Ini adalah kali pertama manuskrip ini serta beberapa dokumen yang belum pernah ditunjukkan sebelum ini, serta lukisan bunga dan buah-buahan dunia Melayu dipamerkan di luar London. Acara ini adalah hadiah kepada bagi bandar raya Liverpool yang merayakan ulang tahunnya ke-800 tahun ini.

Masyarakat Malaysia-Singapura Mersyside di Liverpool memainkan peranan penting menjayakan pameran itu dan juga membantu The British Library memperoleh koleksi Raffles ini ketika diumumkan koleksi ini akan dijual.

Koleksi ini sebenarnya berada dalam jagaan The British Library sejak 1969 dan berjaya dibeli oleh perpustakaan itu dengan nilai £1 juta menerusi bantuan badan seperti Tabung Loteri Warisan.

Antara syarat untuk mendapatkan dana ini ialah membawa koleksi untuk pengetahuan penduduk tempatan.

Ketua Asia Selatan dan Asia Tenggara The British Library, Dr Annabel Teh Gallop berkata manuskrip dan lukisan dalam pameran ini mencerminkan rasa sayang Raffles terhadap dunia Melayu dan semangatnya untuk mengejar ilmu di dunia Melayu.

Liverpool ialah pilihan pertama kami untuk pameran ini kerana ia mempunyai masyarakat Melayu yang unik di Merseyside dan juga kerana kaitan keluarga Raffles di sini.” katanya.

Sementara itu, Wan Mohamed Rosidi Wan Hussain yang juga Pengerusi Masyarakat Malaysia Singapura yang terdiri daripada bekas kelasi dan pelajar berkata pameran ini bermakna bagi mereka kerana memberi peluang kepada masyarakat Melayu di sini melihat sendiri warisan yang disimpan rapi selama lebih 200 tahun ini.

Ketika perasmian pameran ini pada 8 Ogos lalu, ramai bekas kelasi Melayu hadir untuk melihat surat dan manuskrip bersejarah ini yang ditulis kebanyakannya dalam tulisan Jawi.

Seorang daripada mereka, Mohd Nor Hamid, yang meninggalkan Tanah Melayu untuk belayar pada 1952 berkata beliau berbangga dapat melihat koleksi ini.

Manuskrip lain termasuk surat daripada Temenggung Singapura kepada Raffles di Bengkulu pada 1984 berserta sampul surat kain kuning, surat Raffles kepada raja Jawa pada 1810 yang meminta bantuan untuk melaksanakan pencerobohan mereka di Jawa dan sebuah lukisan terawal Singapura yang dilukis dengan pensel pada 1823.
try , Isnin, Ogos 13, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog