SINGAPURA, 23 Ogos (Bernama) - Nilai kekayaan bersih terkumpul
40 orang terkaya di Singapura meningkat 14 peratus kepada US$32 bilion dalam tahun yang gemilang buat ekonomi Singapura dan pasaran sahamnya.
Forbes, yang mengumumkan senarai orang terkaya Singapura hari ini, berkata
taikun hartanah, perkapalan dan industri minyak kelapa sawit adalah yang paling berjaya tahun ini.Mereka yang terlibat dalam industri perbankan, bagaimanapun, sedikit merosot kekayaan mereka disebabkan kemerosotan dalam gadai janji dunia, kata Forbes.
Daripada 40 orang terkaya itu, kekayaan 19 orang meningkat, nilai kekayaan bersih lapan yang lain merosot, satu tidak berubah, dan terdapat 12 orang pendatang baru.Jutawan hartanah Ng Teng Fong, 79, yang menguasai kedua-dua Far East Organization dan pengeluar makanan dan minuman Yeo Hiap Seng, mendahului senarai itu dengan nilai kekayaan US$6.7 bilion, meningkat daripada US$4.9 bilion sebelum ini, yang diperkukuh oleh pegangannya dalam perhotelan dan pusat membeli-belah di Singapura dan Hong Kong.Kenaikan mendadak itu menolak beliau ke atas teratas meninggalkan orang terkaya nombor satu tahun lalu, keluarga Khoo, yang kini di tempat kedua.Kekayaan keluarga Khoo meningkat 14 peratus daripada US$5 bilion kepada US$5.7 bilion tahun ini. Di tempat ketiga ialah pemilik United Overseas Bank Wee Cho Yaw dan keluarga, bernilai US$3.3 bilion, menurun daripada US$3.4 bilion tahun lepas.Senarai tahun ini menyaksikan kemunculan 12 muka baru. Mendahului senarai muka baru ialah pemaju hartanah yang berasal dari China Zhong Sheng Jian, yang kini warganegara Singapura, yang memiliki 71.4 peratus kepentingan dalam Yanlord Land Group, yang membina kediaman mewah di tanah besar China.Beliau menduduk tempat keempat dengan nilai kekayaan bersih US$2.5 bilion. Pendatang baru lain termasuk Kuok Khoon Hong, di tempat keenam dengan nilai $960 juta. Anak saudara lelaki kepada jutawan Malaysia Robert Kuok itu memperoleh faedah daripada pertumbuhan pesat pengeluar minyak kelapa sawit Indonesia Wilmar, yang diasaskan bersama oleh beliau, kata Forbes.Berikut ialah 10 orang terkaya Singapura:1) Ng Teng Fong, US$6.7 bilion2) Khoo family, $5.7 bilion3) Wee Cho Yaw & family, $3.3 bilion4) Zhong Sheng Jian, $2.5 bilion5) Kwek Leng Beng & family, $1.1 bilion6) Kuok Khoon Hong, $960 juta7) Peter Lim, $830 juta8) Lee Seng Wee, $650 juta9) Denis Jen, $600 juta10) Chew Hua Seng, $595 juta
try
,
Jumaat, Ogos 24, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Halaman Utama
»
Ekonomi
»
Kekayaan Terkumpul 40 Orang Terkaya Singapura Naik 14 Peratus Kepada AS$32 Bilion
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "