2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Era televisyen diramal berakhir

Pakar Google yakin masyarakat dunia pilih internet

LONDON: Salah seorang pengasas internet, Vince Serf, meramalkan era televisyen bakal berakhir dan semakin mendekati ‘saat iPod’, lapor akhbar The Telegraph.

Vince Cerf yang membantu membina internet ketika bekerja sebagai penyelidik di Amerika Syarikat, berkata dengan cara sama orang ramai lebih suka memuat turun muzik kegemaran mereka ke dalam iPod, penonton tidak lama lagi akan memuat turun program kegemaran ke dalam komputer.

Lapan puluh lima peratus daripada video yang kita tonton sudah dirakamkan terlebih dulu, jadi anda boleh menetapkan sistem untuk memuat turunnya pada setiap masa.

Anda masih memerlukan siaran langsung televisyen untuk rancangan tertentu seperti berita, acara sukan dan kecemasan tetapi ia semakin menjadi seperti iPod, anda memuat turun kandungan untuk menyaksikannya kemudian,” kata Cerf, yang memegang jawatan Timbalan Presiden Google, enjin carian terbesar dunia.

Walaupun permintaan terhadap televisyen masih belum menjadi aktiviti utama di United Kingdom, Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), ITV dan Channel 4 sudah pun melabur sejumlah wang dalam teknologi yang membolehkan penonton menyaksikan rancangan kegemaran mereka melalui komputer.

Bagaimanapun, ada pengkritik termasuk beberapa pembekal khidmat internet, memberi amaran internet akan lumpuh apabila jutaan orang memuat turun program secara serentak.

Dalam masa empat tahun, dijangkakan bilangan video yang disaksikan menerusi internet akan meningkat empat kali ganda, dengan orang ramai tidak lagi menyaksikan klip pendek sebaliknya menonton program lebih lama.

Syarikat jalur lebar mendakwa perkhidmatan itu akan menyebabkan ‘kesesakan’ yang menelan kos besar untuk diasingkan dan pelanggan yang terpaksa membayar bil.

Namun, Vince Cerf menyifatkan amaran itu sebagai ‘taktik menakut-nakutkan’ orang ramai atas alasan pengkritik meramalkan 20 tahun lalu bahawa internet akan lumpuh apabila seluruh dunia mula menggunakannya pada masa sama.

Dalam masa 30 tahun, ia meningkat sejuta kali. Kita jauh dari masalah kapasiti.

Kebimbangan itu boleh difahami apabila mereka melihat jumlah besar maklumat digerakkan seluruh online,” katanya.

Menetapkan visinya bagi masa depan internet, Vince Cerf berkata, dia mahu mesejnya sampai kepada seberapa ramai orang yang boleh.

Saya mahu penggunaan internet diperluaskan. Saya mahu setiap orang daripada enam bilion manusia di planet itu ada hubungan dengan internet,” katanya.

Vince Serf turut bimbang mengenai perlindungan terhadap simpanan maklumat dalam internet.

Kita tidak tahu sama ada data itu boleh disimpan 1,00 tahun dari sekarang,” katanya. – Agensi
try , Rabu, Ogos 29, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog