2+4 hrs...Twogether Fourever

/

China haram import biskut Indonesia

BEIJING: Agensi pemerhati kualiti China mengharamkan import sejenis biskut kanak-kanak yang dikeluarkan syarikat PT Arnott di Indonesia, anak syarikat pengeluar makanan gergasi Amerika Syarikat, Campbell Soup Company, selepas ujian mengesan paras tinggi aluminium.

Langkah itu dibuat ketika produk eksport China sendiri diletakkan dalam pengawasan rapi antarabangsa berikutan penarikan balik berjuta-juta mainan yang dihasilkan untuk Mattel kerana penggunaan berlebihan plumbum dan magnet tidak selamat, serta siri skandal membabitkan makanan haiwan, ubat gigi dan tayar.

Kira-kira 1.6 tan biskut dari Indonesia dalam pelbagai cita rasa ditemui dengan paras aluminium tiga kali lebih tinggi dari yang dibenarkan, kata Pentadbiran Umum Penyeliaan, Pemeriksaan dan Kuarantin Kualiti China (AQSIQ) dalam laman webnya semalam.

AQSIQ sudah melaporkan keadaan itu kepada Indonesia dan meminta langkah sepatutnya diambil,” menurut notis agensi itu.

Pengambilan jumlah tinggi aluminium dalam jangka masa panjang dikaitkan dengan hilang ingatan, kerosakan sistem saraf utama dan nyanyuk. – Reuters
try , Khamis, Ogos 16, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog