WASHINGTON: Sekumpulan pakar Amerika syarikat mendakwa sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan produk plastik termasuk botol susu mungkin memberi kesan terhadap janin dan kanak-kanak.
Mesyuarat panel pakar anjur Pusat Program Toksikologi Nasional bagi Penilaian Risiko terhadap Reproduksi Manusia (NTP) Amerika yang diadakan baru-baru ini menyuarakan kebimbangan terhadap kesan penggunaan bahan kimia bisfenol A, yang banyak digunakan dalam botol plastik polikarbonat telus.
Panel berkenaan yang akan mengeluarkan laporannya lewat tahun ini, membangkitkan kebimbangan berhubung kesan pendedahan kepada bisfenol A mungkin menyebabkan kecacatan pada janin serta bayi.
Malah bagi wanita hamil yang menggunakan botol minuman plastik mengandungi bahan kimia itu juga berisiko menyebabkan janinnya mengalami masalah pada saraf dan sikapnya.
NTP, sebahagian daripada Institut Kebangsaan bagi Sains Kesihatan Alam Sekitar berkata, orang ramai boleh terdedah kepada bahan kimia itu secara terus atau melalui minuman dan makanan yang terkena bahan mengandungi bisfenol A.
Kumpulan alam sekitar sejak bertahun lalu mengemukakan aduan mengenai keselamatan permainan plastik, botol bayi dan produk lain yang mengandungi bisfenol A dan bahan kimia lain dikenali phthalates.
“Pusat ini memilih bahan kimia ini untuk dinilai berikutan penggunaannya tinggi, pendedahan meluas manusia terhadapnya, timbul bukti berhubung keracunan reproduktif dalam kajian makmal ke atas haiwan dan kebimbangan umum,” kata NTP dalam kenyataan.
Plastik polikarbonat digunakan dalam pembungkusan makanan dan minuman dan resin digunakan untuk menyalut produk keluli seperti tin makanan, penutup botol dan paip bekalan air.
Sementara itu, Persatuan Pengeluar Produk Kanak-kanak, yang mewakili pengeluar utama botol bayi di Amerika, berkata sebaliknya menyifatkan kenyataan ringkas panel mencadangkan botol terbabit adalah selamat.
“Kesimpulan panel hari ini menegaskan semula keselamatan botol plastik bayi,” kata Presiden JPMA Robert Waller.
“Penemuan ini mengesahkan kesimpulan Pentadbiran Makanan dan Ubatan dan kesimpulan kerajaan serta saintis bebas di seluruh dunia bahawa botol bayi plastik polikarbonat adalah selamat.” – Reuters
Jumaat, Ogos 10, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Botol susu plastik beracun silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "