/

Board Parenting - AWAS KEPADA IBU BAPA SI COMEL

Awas kepada ibu bapa si comel!!! Baru ni kawan saya cerita pasal kes kakak dia kena tipu. Sedang si ibu berjalan di tengah KL sambil mendukung babynya yang comel, datang seorang perempuan muda menegur memuji si comel.

"Comelnya anak akak... sesuai buat cover magazine kami."
Kakak kawan saya pun membalas,
"Eh, kamu orang majalah ke?"
"Ha'ah, kak.. saya dari majalah *****, memang saya selalu cari baby comel untuk cover. Kakak berminat tak? Nie kad saya, kakak ada nombor telefon, nanti saya contact kemudian."

Si ibu pun memberikan nombor telefonnya. Tak berapa lama lepas tu, si ibu dapat call dari perempuan tu. Dia aturkan perjumpaan untuk sesi fotografi. Kakak kawan saya punya seronok! So, pada hari yang dijanjikan, si ibu pun datang ke hotel & bilik yang dimaklumkan. Siap bawa hubby dan maid sekali.

Perempuan tu make-upkan si ibu dulu kat bilik sebelah (bilik yang dimaklumkan) , untuk bergambar bersama babynya nanti, untuk mencantikkan lagi gambarlah katanya.. si ibu pun percayalah akan kata-kata perempuan tersebut.

Sementara tu si baby pulak diberinya susu sampai kenyang oleh assistantnya. Sebelum make-upkan, dia sound siap, "Rantai, gelang, subang, cincin semua tu tanggalkan dulu kak. Kang terkena barang make-up saya ni, rosak lak." Kakak kawan saya tu pun ikut je lah. Di letakkan di atas meja. Perempuan tu pun make-upkanlah. Sambil bersembang.

Kemudian dipakaikan pulak mask untuk bersihkan muka. Memang mata kakak kawan saya tu kena tutupla. Tak lama lepas tu, perempuan tadi minta izin keluar sekejap. Lama menunggu, perempuan tu tak balik. Maid dia lak yang masuk bilik tu sebab dah lama sangat tak siap-siap, si baby lak elok tak nangis-nangis.

So si maid ni tanya mana orang majalah tu.
"Keluar sekejap katanya. Tapi dah lama dah.. tak masuk."
"Eh.. Mana barang kemas kakak?"
"Ada atas meja tu.. saya letakkan, tak nak kena make-up."
"Takde pun? Betul!"
Syak something, terus tanggalkan mask dan buka mata.

Confirm hilang! Cincin je tinggal, kebetulan kakak kawan saya ni letak barang merata, tak letak satu tempat.
"Penipu rupanya perempuan tu! Heh pi tengok baby kat sebelah sana sebab tadi dia orang tengah bagi dia susu."

Alangkah terkejutnya sebab hanya tinggal botol susu kosong jer kat situ, baby dan orang lain semuanya tak ade. Padahal tadi sikit punya ramai kat situ termasuk kamera mannya sekali.

Apa lagi siibu pun meraunglah, terus jer mereka pi buat report kat balai dan polis pun mengesahkan bahawa benda cam ni ade terjadi baru-baru ini.

Ini bukan cerita bohong. Kat KL ni memang ada perempuan tu buat kerja jahat ni. Harap semua ibu bapa berhati-hati. Tolong maklumkan kepada rakan yang lain.

So berhati-hati ya kawan... terutama yang ada anak comel dan nak tumpang glamour majalah konon...
try , Sabtu, Ogos 18, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog