Pelajar tahun kedua peringkat sarjana Biologi Pemuliharaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Norfazlina Baharuddin, 23, berkata, khazanah dan warisan negara itu perlu dijaga sebaik mungkin supaya generasi akan datang mendapat manfaat sepenuhnya daripada kajian saintifik yang dilakukan.
“Kesedaran perlu dipupuk di kalangan generasi muda untuk mencintai hutan termasuk kehidupan flora dan faunanya yang merupakan antara elemen terpenting dalam kitaran kehidupan manusia,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ekspedisi saintifik yang disertai lebih 150 saintis dan pelajar dari pelbagai universiti itu bertujuan menyingkap rahsia yang belum terungkai dalam hutan simpan di Gunung Angsa serta mencari penemuan baru yang akan dibukukan untuk rujukan pelajar. Ia diketuai oleh Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Mohamad dari Fakulti Sains dan Teknologi UKM.
Ekspedisi selama lima hari yang bermula Isnin lalu dibahagikan kepada 10 kumpulan yang turut menilai pelbagai aspek termasuk struktur biologi hutan, kehidupan, tumbuh-tumbuhan, sungai, persekitaran, dan kualiti udara.
Semua penemuan baru akan direkodkan untuk bahan kajian dan dilabelkan dalam ekspedisi yang julung kali diadakan di kawasan Gunung Angsi, Ulu Bendol ini.
Norfazlina terlibat dalam kajian mengenai kadar produktiviti tumbuhan hijau di kawasan Gunung Angsi untuk menyerap karbon dioksida, nilai estetika pokok-pokok dan kesan pemanasan global akibat daripada aktiviti penebangan dan penerokaan hutan secara haram.
“Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan seperti mengukur lilitan batang pokok dan ujian terhadap daun.
“Melalui cara ini kita akan mengetahui usia sebenar pokok tersebut dan nilai komersialnya serta impak buruk yang bakal terjadi kepada bumi sekiranya aktiviti penebangan secara haram dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Dalam pada itu, seorang lagi pengkaji, Mohammad Nor Safartan, 29, kakitangan Lembaga Muzium Selangor berkata, beliau terlibat dalam kajian mengenai ‘herpeto fauna’ iaitu kehidupan reptilia dan amfibia di kawasan hutan berkenaan.
“Modus kajian kita ialah mengumpul contoh haiwan yang jarang ditemui, jenis dan populasinya untuk dilakukan kajian mendalam dan dibukukan bagi tujuan pendidikan dan rujukan generasi akan datang,” katanya. Tambah beliau, kajian itu diselia dan dipantau oleh Pensyarah Kanan UKM, Dr. Norhayati Ahmad.
Jumaat, Julai 06, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Saintis sifatkan Gunung Angsi ‘lombong emas’ silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "