/

Refleksologi jejas hamil :: Pakar dapati makanan tambahan herba beri risiko sama

LYON: Terapi alternatif seperti refleksologi dan makanan tambahan herba mungkin mengurangkan peluang seseorang wanita mengandung, kata pakar semalam.

Hasil Penyelidikan yang didedahkan semalam di mesyuarat European Society of Human Reproduction and Embryology’ mengkaji kesan terapi alternatif ke atas wanita yang menjalankan persenyawaan in-vitro (IVF) dalam tempoh setahun.

Daripada 800 wanita Denmark yang mengikuti kajian itu, 261 mencuba rawatan termasuk refleksologi, makanan tambahan herba, aromaterapi, osteopati dan akupunktur.

Wanita yang menggunakan rawatan itu secara keseluruhan adalah 20 peratus kurang untuk mengandung berbanding mereka yang tidak, menurut penyelidik Dr Jacky Boivin dari Universiti Cardiff dan Dr Lone Schmidt dari Universiti Copenhagen.

Doktor berpendapat terapi seperti ini adalah tidak berbahaya,” kata Boivin yang terkejut dengan keputusan itu. “Mungkin ia memberi kesan sebaliknya, tidak seperti yang kita fikirkan.

Ketika kajian itu tidak menyediakan jawapan yang pasti mengenai nilai terapi alternatif, pakar mengatakan ia menimbulkan isu penting.

Kami tidak boleh mula dengan anggapan bahawa terapi ini tidak membawa sebarang bahaya,” kata Dr Andrea Braverman, pengarah penjagaan psikologi dan pelengkap di Perubatan Reproduktif Bersekutu di New Jersey.

Braverman tidak berkaitan dengan kajian Boivin dan kini menjalankan kajian untuk melihat jika akupunktur membantu atau mengelak dari mengandung.

Sehingga kini, tiada kajian skala besar secara rawak dilakukan untuk melihat nilai ubatan alternatif.

Sesetengah pakar bimbang kajian itu mungkin tidak tepat. “Soalan yang penting sama ada ayam atau telur yang datang dulu,” kata Edzard Ernst, profesor ubatan pelengkap di Universiti Exeter, yang tidak berkaitan dengan kajian Boivin.

Wanita terbabit yang terdedah kepada tekanan dan lebih banyak masalah kesihatan mungkin cuba ubatan pelengkap. – AP
try , Khamis, Julai 05, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog