2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 13 Mac 2025   
@ 14 Ramadan 1446H / 7:40 PM

1Ahad,Julai

Misteri perubatan :: Tubuh jadi tulang

HAYDEN Pheif, 7, lahir ke dunia dalam keadaan normal, bermata biru dan berambut perang. Menimang cahaya mata pertama sangat mengujakan ibu bapanya. Setiap pergerakan Hayden akan dirakamkan oleh John dan Megan Pheif dari Mill Valley, California.

Tiada apa-apa yang ganjil pada anak mereka itu sehinggalah suatu hari, semasa sedang berkemas untuk berkhemah, ada bengkak yang kelihatan di kepala Hayden yang ketika itu menjangkau usianya dua tahun.

‘Kami membawanya berjumpa doktor dan menjelang hujung minggu, Hayden sudah tidak boleh menggerakkan lehernya yang menjadi ketat,’’ kata John.

Kisah Hayden sama dengan Tiffany Linker, dari North Carolina yang tua 10 tahun darinya. Anak dara sunti Anna Marie dan Mark Linker itu mula diserang simptom pelik yang sama semasa berusia 10 bulan.

Tiffany tidak mampu bergerak dengan baik, ada sesuatu yang tidak kena. Setengah tahun dia terlantar di hospital dengan tujuh pembedahan dan kemoterapi untuk membuang apa yang dipercayai oleh doktor sebagai tumor,’’ ujar Mark.

Doktor terus melakukan pembedahan ke atas ketulan bengkak di belakang anak kecil itu kerana mengesyaki ia adalah kanser. Sebaliknya, ketumbuhan semakin membesar. Pada Jun 1990, doktor meminta ibu bapanya membawa Tiffany pulang. Dia dikatakan mempunyai masa dua minggu untuk hidup.

Klu

Tetapi, ada satu klu yang terlepas pandang. Jari kaki bayi itu agak besar berbanding bayi normal lain selain kelihatan bengkok. Jari kakinya memainkan peranan penting dalam meleraikan misteri ini apabila Hayden disahkan menghidap fibrodysplasia ossificans progessiva atau FOP.

Sehingga kini, hanya 2,500 kes FOB yang pernah didokumentasikan di dunia. Tiffany merupakan kanak-kanak pertama yang disahkan menghidap penyakit itu. Pakar Bedah Ortopedik di University of Pennsylvania, Dr. Fred Kaplan berkata:

Dalam kejadian FOP, otot-otot rangka normal dan tisu sambungan normal mengalami perubahan rupa bentuk menjadi tulang.

‘‘Saya melihat metamorfosis (perubahan struktur) berlaku di depan mata. Seorang kanak-kanak normal bertukar menjadi manusia yang terpenjara dalam rangka kedua, terperangkap di dalam sangkar tulang,’’ terangnya.

Kaplan telah menghambakan dirinya selama 15 tahun mencari penawar FOP. Pejabatnya dipenuhi dengan 500 gambar ‘anak- anaknya’ yang menderitai penyakit kejam itu. Para pesakitnya yang masih kecil menyapanya dengan panggilan Pak Cik Fred, begitu juga dengan Hayden.

Kini, pergerakan lengan dan tengkuk Hayden tambah terhad. Bahkan, jarum yang halus boleh mencetuskan ketumbuhan tulang baru yang meledak seperti letupan bom.

Imunisasi prasekolah, suntikan untuk kerja-kerja pergigian, lebam dan benjolan kecil selepas terjatuh dari basikal boleh menyebabkan rahang dan sendi kanak-kanak ini terkunci dan tidak dapat digerakkan lagi.’’

Kini, Tiffany sudah pun berusia 17 tahun. Hidupnya bergantung kepada mesin oksigen kerana lebihan tulangnya menjerut rusuknya lalu menghalang anak gadis itu mengembangkan paru-parunya. Apa yang dia tahu, letusan seterusnya mampu merampas lebih banyak kebebasannya.

Sangat menakutkan. Ia boleh berlaku sewaktu tidur malam. Hari ini anda berjalan, kemudian anda pergi tidur dan keesokannya apabila bangun tubuh anda kaku. Begitu cepat.

Bila orang tanya bagaimanakah rasanya menderitai penyakit ini, saya akan katakan, mari saya ikat kedua-dua belah lengan anda ke sisi. Kemudian, saya akan letakkan pula pendakap belakang dan pendakap leher dan duduk di atas kerusi roda sepanjang masa,’’ kata Tiffany.

Pertengahan tahun lalu, separuh daripada peperangan Kaplan dikira berjaya dengan penemuan satu daripada enam bilion aksara atau huruf yang membentuk kod genetik penyebab FOP.

Kaplan memberitahu: “Sungguh memberangsangkan. Akhirnya kita tahu apa punca bencana perubahan tisu sambungan menjadi tulang. ‘Ibu suis’ ini juga akan membantu mereka yang menghidap penyakit tulang lain seperti osteoporosis.’’
try , Ahad, Julai 01, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog