2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Hati-hati mengambil makanan tambahan

KESIHATAN dan kecantikan adalah dua perkara yang saling berkait rapat. Ia mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam menentukan kesejahteraan hidup setiap orang.

Justeru, setiap daripada kita harus mengambil berat terhadap kedua-duanya bagi menjamin kesejahteraan.

Sesuai dengan gaya hidup masyarakat masa kini yang sentiasa sibuk, makanan tambahan amat diperlukan dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan.

Kajian di Amerika Syarikat selama 38 tahun menunjukkan keperluan makanan tambahan termasuk ketiadaan pengambilan vitamin didapati antara penyebab penyakit kronik.

Kesimpulan kajian itu dibuat berdasarkan fakta bahawa lebih daripada 80 peratus rakyat Amerika gagal mengambil keperluan harian buah-buahan dan sayur-sayuran yang membekalkan mikro nutrien yang penting.

Dalam konteks ini, ramai yang beranggapan bahawa penyakit jantung adalah penyakit akibat penuaan usia.

Sebenarnya, amalan diet dan gaya hidup boleh menyebabkan perkembangan awal bermulanya penyakit jantung dan penyakit kronik lain.

Dalam era siber ini, kesibukan dengan tugasan harian menyekang kita untuk menyempurnakan amalan kesihatan dengan baik.

Misalnya, di Amerika Syarikat sama seperti negara-negara lain, makanan segera seperti makanan bergoreng dan pengambilan minuman ringan yang mengandungi gula tinggi menjadi sebahagian daripada amalan diet harian.

Realitinya, rutin diet ini tidak berkesan untuk mencegah penghasilan tenaga kalori berlebihan dan penyakit kronik.

Menurut Ahli Biokimia dari Kanada, Lyle McWilliam, makanan tambahan adalah keperluan seperti insurans kesihatan peribadi yang akan melambatkan proses penuaan.

“Kepentingan makanan tambahan adalah untuk mengekalkan mutu kesihatan dan bukannya berguna ketika seseorang itu jatuh sakit semata-mata.

“Walaupun penuaan dan penyakit akan ditempuhi oleh setiap orang, tetapi kita boleh mengambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan terus stabil melalui pengambilan makanan tambahan,” ujarnya dalam majlis pelancaran buku, Comprative Guide to Nutritional Supplements di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis tersebut merupakan anjuran syarikat yang membangun dan mengeluarkan makanan tambahan berkhasiat di Amerika Syarikat, Usana Health Sciens.

Jenama

Lyle menambah, orang ramai tentu sukar memilih jenama makanan tambahan yang boleh dipercayai ekoran lambakan pelbagai jenis makanan tambahan di pasaran.

“Anda perlu tahu bahawa semua khasiat makanan tambahan tidak sama dan perlu mengambil kira beberapa faktor penting produk tersebut sebelum membelinya.

“Dalam buku ini, saya telah membandingkan lebih 1,500 produk kesihatan di Amerika Utara dan mengasingkannya mengikut ciri komprehensif, kriteria tangga kedudukan dan produk saintifik.

“Selain itu, pembaca juga dapat mengetahui bagaimana proses dikilangkan yang turut sama dibandingkan,” ujarnya.

Lyle memberitahu, antara kriteria yang perlu diambil kira ialah pastikan sama ada produk berkenaan mengandungi spektrum penuh nutrien dan keupayaannya menyerap rumusan bio yang dibolehkan.

Selain itu, pengguna juga perlu mengetahui tahap potensi optimum bagi keberkesanannya sebagai makanan tambahan.

“Faktor keaslian farmaseutikal dan tahap keselamatan iaitu tiada Vitamin A atau besi yang kandungan nutrien mengatasi di bawah paras dibenarkan dan tanpa pemerhatian perlu diperiksa terlebih dahulu.

“Jika perkara-perkara ini dipandang ringan, ia berkemungkinan memberi kesan sampingan.

“Di samping itu, perlu diketahui ada 13 campuran organik dan 19 mineral diperlukan untuk kesihatan yang optimum.

“Tetapi badan kita tidak boleh menghasilkan semuanya dan di sinilah makanan tambahan memainkan peranannya,” jelasnya.

Katanya, kebanyakan nutrien dihasilkan oleh tubuh dan habis mengikut peningkatan usia.

“Misalnya, konzyme Q10 dan asid alpha-lipoic serta sistem enzim antioksida akan susut mengikut usia,” ujarnya.

Lyle menjelaskan, makanan kesihatan tambahan lengkap akan mengandungi semua vitamin dan mineral penting yang bertindak mengurangkan percepatan proses penuaan dan serangan penyakit kronik. Ujarnya, bagi mengenal pasti makanan tambahan yang bermutu, ia akan hancur apabila ditelan.

“Banyak yang tidak larut dengan betul dalam proses penghadaman dan ada produk murah yang mengandungi garam mineral serta tidak boleh diserap dengan baik.

“Makanan tambahan yang bermutu baik, tidak seharusnya mengandungi besi dan tahap vitamin A berlebihan dan nutrien lain,” jelasnya.

Katanya lagi, umumnya 18 kriteria penting digunakan dalam menganalisis produk makanan tambahan termasuk siap sepenuhnya, potensi, pembentukan mineral, kesihatan hati, kesihatan metabolik, potensi toksik, kesihatan penglihatan, kawalan radang sokongan antioksidan dan kesihatan tulang.

INFO

  • Pentadbiran Makanan dan Ubat- Ubatan Amerika Syarikat (AS) mendefinisikan makanan tambahan berdasarkan Akta Kesihatan dan Pendidikan Makanan Tambahan 1994 sebagai produk yang dimakan dan mengandungi makanan tambahan.
  • Bahan-bahan makanan yang dimaksudkan termasuklah tumbuhan serta asid amino, vitamin, garam galian dan herba.
  • Ia juga gantian seperti enzim, tisu-tisu organ, glandular dan metabolit.
  • Makanan tambahan ini juga boleh jadi ekstrak atau pekatan yang boleh didapati dalam bentuk tablet, kapsul, gel lembut, kapsul lembut, cecair atau serbuk.

Kesan sampingan

Dua bahaya utama pengambilan makanan tambahan apabila ramai yang cuba mendiagnos diri mereka seolah-olah makanan tambahan sebagai satu keperluan bagi diri mereka ialah:

  1. Tindak balas alahan seperti hipersensitif,
  1. Dos bcerlebihan - seperti hipervitaminosis iaitu pengambilan vitamin secara berlebihan yang boleh mengakibatkan gangguan pada sistem penghadaman.
Lima jenis bahan gantian yang boleh menyebabkan kerosakan kekal jika diambil dalam dos yang banyak dan tinggi seperti:

  1. Asid nikotin - dikaitkan dengan kerosakan sel.
  2. Fosforus - boleh merosakkan organ- organ dan tisu.
  3. Zink - boleh merosakkan sistem pertahanan tubuh.
  4. Kromium pikonulat - boleh menyebabkan kanser.
try , Selasa, Julai 03, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog