Jambatan yang menelan belanja sekitar RM5.2 bilion (AS$1.5 bilion) itu kini bakal menjadikan jambatan-jambatan utama dunia yang lain, nampak begitu kerdil, termasuk jambatan sepanjang 25 kilometer yang menghubungkan Bahrain dan Arab Saudi.
Jambatan baru ini dikatakan cukup panjang untuk menghubungkan Britain dan Perancis menerusi Terusan Inggeris.
Binaan daripada konkrit dan keluli yang turut berfungsi sebagai penahan taufan daripada melanda timur China berhampiran Shanghai itu mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan dan merupakan projek pembinaan paling mencabar di China.
Jambatan yang mempunyai tiga lorong di setiap hala itu turut mempunyai hentian rehat dan rawat di tengah-tengahnya.
Ia menghubungkan Bandar Raya Cixi di wilayah Zhejiang dengan bandar Jiaxing di utara dan sekali gus memendekkan perjalanan antara Shanghai dan pelabuhan Ningbo sebanyak 120 kilometer.
Kerajaan merancang membuka jambatan itu kepada lalu lintas pada Jun tahun depan selepas kemudahan sokongan seperti pondok kutipan tol disiapkan.
Agensi berita Xinhua melaporkan, 29 peratus daripada kos pembinaan jambatan itu dibiayai oleh pihak swasta dan menjadikan jambatan itu sebagai projek infrastruktur pertama yang membabitkan penyertaan swasta. – Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "