"RABI’UL AWWAL menyapa ingatan setiap orang yang beriman kepada Nabi mereka, Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam. Namun sentiasa sedarkah kita, siapakah sebenarnya Muhammad s.a.w. yang sedang kita ingati dan raikan keputeraannya?
Bukankah baginda adalah Rasul paling mulia yang telah diutuskan oleh Allah S.W.T. sebagai lambang kasih sayangNya kepada kita?
Bukankah baginda datang membawa ajaran Allah S.W.T. untuk menyelamatkan kita daripada kesesatan kepada hidayah; daripada kemurkaan Allah kepada rahmatNya; daripada siksa neraka untuk dipimpin menuju ke syurgaNya?
Lalu di manakah Rasulullah s.a.w. ini telah kita letakkan dalam kotak ingatan? Di manakah ajaran Rasulullah s.a.w. ini telah kita bawa dalam kehidupan?
Tentunya tidak menunjukkan sebenar-benar iman dan kasih jika kita sanjungi dan ingati Nabi yang mulia ini hanya di Rabi’ul Awwal sahaja. Malah pastinya tidak beradab pula kalau sekadar merayakan Maulidur Rasul, tetapi kemudian membuang jauh syariat dan sunnah-sunnah baginda; apatah lagi menghalang dan menentang ajaran yang telah baginda bawa dan perjuangkan!
Dengan apa yang telah kita tunjukkan selama ini, mampukah kita menjawab “Muhammad Nabiku” apabila ditanya oleh munkar dan nakir? Layakkah kita mendapatkan syafa’at baginda di Hari Akhirat kelak?
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Kesedaran perlu ada pada setiap umat islam khususnya masyarakat melayu malaysia. Sunah2 rasul junjungan kita perlu kita praktikkan. Dan yang paling penting Ukhwah sesama islam.. jangan kerana perkara yg remeh dan perkara yg tidak melanggar syariah boleh memecah belahkan ukhwah sesama islam.. bersorak kafir laknatullah atas kejatuhan ukhwah kita.. wassalam...
BalasPadammasyarakat Islam sepatutnya mencontohi peribadi Rasulullah.Insya-Allah, jika semua umat manusia, umat Islam khasnya mengamalkan sunnah dan peribadi Rasulullah, hidup akan sentiasa dikelilingi kegembiraan, keamanan dan kebaikan yang sejati...jangan pandang remeh sambutan Maulidur Rasul
BalasPadam