2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 9:19 AM

9Isnin,April

Hidup melarat selepas pencen

Pencarum biasa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan kehabisan 70% daripada simpanan semasa pencen dalam masa 10 tahun, menurut satu kajian yang dilakukan oleh KWSP.
Jika tiada sesuatu dilakukan bagi membetulkan keadaan tersebut, ramai warga Malaysia yang akan hidup melarat masa tua kelak. Seorang pencarum boleh mengeluarkan semua simpanan KWSPnya apabila mencapai umur 55 tahun.

Kaji selidik yang dilakukan oleh KWSP ke atas pesara, baru-baru ini mendapati bahawa pada usia 65 tahun, ramai sudah kehabisan semua simpanan dan bergantung kepada anak-anak untuk bantuan bagi tahun-tahun selepas itu.

Timbalan CEO Rusma Ibrahim berkata bahawa kumpulan yang berpendapatan rendah adalah yang paling terjejas.

Kebanyakan daripada mereka membelanjakan semua simpanan mereka dalam masa lima hingga 10 tahun selepas mereka mengeluarkan simpanan mereka pada usia 55,” katanya.

Dengan pengeluaran yang awal pada umur 50 tahun selalunya mengurangkan pengeluaran akhir pada umur 55 tahun, KWSP sedang mengkaji cara untuk membantu pencarum yang sudah bersara memelihara kewangannya untuk masa depan.

Disebabkan perubahan demografik di Malaysia, terdapat keperluan bagi KWSP menyemak semula peranannya,” dia menambah.

Dengan berkurangnya sistem sokongan keluarga kembangan dan jangka usia yang lebih tinggi, kebimbangan telah dibangkitkan mengenai implikasi penjagaan ketika usia emas.

Nilai-nilai juga kian terhakis kerana ada sesetengah anak-anak yang memilih untuk tidak menjaga ibu bapa mereka walaupun mereka mampu melakukannya,” tambah Rusma.

KWSP telah menjalankan kaji selidik tersebut bagi mengenalpasti corak perbelanjaan ke atas keperluan asas.

Penemuan mendedahkan bahawa amaun diperlukan bagi memenuhi perbelanjaan pesara untuk keperluan asas, tidak termasuk rawatan kesihatan bagi penyakit-penyakit bencana, adalah antara RM510 hingga RM1,000 sebulan.

“Oleh itu, ahli yang bersara akan memerlukan sekurang-kurang RM120,000 dalam simpanan sebaik saja bersara bagi memenuhi pembiayaan kewangan untuk keperluan asas bagi 20 tahun akan datang,” katanya.
try , Isnin, April 09, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog