Kisah nie ada cerita aku di zaman kanak-kanak seingat aku waktu tu darjah 4. Time tu gula-gula getah nie memang pemes sangat ler kat tv. Masih dulu-dulu apa yang best kat tv memang aku ikut, maklumlah bebudak. Gula-gula getah atau singgam panggilan nama gula tu adalah sesuatu yang menjadi kegemaran antara aku dan kawan-kawan.
Masa tu.. sapa yang pandai buat belon pakai singgam kat mulut tu kira memang terer bebenor ler antara memember. Masa kecik-kecik kami memang tak nak mengalah nak tunjuk hero antara kami. Berjuihlah bibir aku meniup singgam sampai jadi. Aku ingat lagi bentuk singgam yang aku makan tu warna merah, hijau dan kuning. Bentuk dia bulat, sepeket ada tiga biji. Jenuh mak aku marah supaya jangan beli gula-gula tu sebabnya bukan kenyang aku asyik merenggek mintak duit sebab nak beli singgam. Mak punyer dalih tak kasik aku beli singgam ialah kalau tertelan singgam tu nantik mati sebab singgam tu akan tersangkut kat jantung pastu berbelit.. bahaya kata mak!
Ah.. dah nama bebudak, degil tak boleh cerita, beli jugak singgam sebab nak tunjuk hero sepa yang pandai buat belon antara member. Kira time tu sepa yang pandai buat belon memang orang respect abis ler.. bebudak ler katakan.
Satu hari nak jadi cerita, kami reramai makan singgam sebab nak buat belon. Berlumba-lumba ler aku ngan kengkawan buat belon ngan singgam tu. Bila dah macam tu, ada sorang kawan aku buat belon, punyerler besar pastu meletup, bertepek ler singgam kat muka kawan aku tu. Aku tok leh tahan sebab muka dia penuh ngan singgam. Singgam kan melekat dah macam badut aaa member aku tu. Aku pulak ketawa sampai terbahak-bahak, punyer ler suka aku tengok member tu. Alih-alih aku tertelan singgam yang aku kunyah tadik.
Aku terdiam sekejap, member hairan dan tanya kenapa aku senyap. Akupun cakap aaaa yang aku tertelan singgam. " Ayoo..tak tayooo kau kejap lagik mesti mati sebab singgam akan tersekat kat jantung!!!" kata semua kengkawan aku. Aku terdiam. Aku teringat kata mak, kalau tertelan singgam memang boleh mati. Kejap lagik aku meraung sekuat hati "aku nak mati..aku nak mati!!!" sambil berlari pulang ke rumah.
Mak terperanjat besar sebab aku meraung bila balik ke rumah. " Mak orang nak mati... mak orang nak mati sebab tertelan singgam!!!" raungku sambil menangis. Semua jiran kami terkejut dengan raungan aku tu. Semua orang datang tengok aku meraung sebab ingatkan aku kena gigit tebuan ke. Aku tak lengah lagik amik air sembahyang, pastu sembahyang dengan seluar pendek. Mak heran tengok perangai aku. Orang semua tengok telatah aku masih tu. Aku meraung lepas sembahyang minta mak ampunkan dosa. Aku betul-betul ingat aku memang mati ari tu. Takut aku tu diapi-apikan oleh memember yang kata memang mati kalau tertelan singgam. Ada juga orang ketawa, tapi aku dah tak kisah sebab aku ingat bebetul aku dah nak mati. Aku cium tangan mak, aku peluk mak sambil meraung aku nak mati kejap lagi.
Lelama aku meraung tu.. aku tertidur sebab letih. Bila bangun tidur, aku heran sebab apsal aku tak mati. Aku kena marah ngan ayah sebab makan singgam. Mak pun marah sebab tak mau dengar nasihat dia. Tapi yang paling aku malu ialah semua member ejek aku sebab aku meraung dan menangis. Dioarang gelak bila tengok aku balik terus sembahyang dan berselubung sambil menunggu ajalku diambil malaikat kononya. Aseh... kalau dulu sepa yang menangis memang kena kutuk aaaa. Pi sekolah semua orang tahu citer aku. Aku malu sebab aku meraung. Budak pompuan semua tahu pasal citer tu, cikgu siap tanya lagik dalam kelas betul ke aku menangis sebab nak mati tertelan singgam. Kira sebulan tu tebal aaa muka sebab kisah singgam tu. Tapi mulai hari tu.. aku dah tak nakal sangat, dengar cakap mak, tak keluar rumah dan selalu tolong mak. Ayah aku kata.. cakap mak aku tu berdaulat.. orang degil tu ler balasanya... aku tertawa sendiri bila ingat kisah aku tu.
Moralnya cakap mak mesti dengau.. jangan degil-degil.. ahaks!!
Khamis, November 02, 2006
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Tertelan CHEWING GUM silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "