Assalamualaikum
(..DENGAN IZIN...saya guna bahasa rojak dalam tulisan berikut.. )
Ramai yang keliru begitu juga saya suatu ketika dulu... halal bermakna disembelih, tiada unsur khinzir (babi-dengan maaf) dan melibatkan makanan. Maksud halalan toyyiba...halal dan baik (suci dan bersih) mencakup semua bidang... halal makanan, halal berurusan jual beli, halal sumber kewangan dan halal dalam semua keadaan. Mengapa arak diharamkan.. . kerana illah memabukkan yakni bila mabuk merosakkan akal, riba' dalam sistem kewangan diharamkan kerana ia merosakkan peranan ekonomi membangunkan martabat Muslim, merosakkan rumah ibadat dalam peperangan.. . menghormati agama lain dan menjaga Islam yang memberi kebebasan beragama (bukan murtad... ini bab lain).
Sebagai contoh dalam makanan, walaupun ia mungkin tidak mengandungi khinzir atau arak tetapi jika ia boleh memudaratkan seperti penggunaan bahan kimia atau terlebih gula yang boleh mengakibatkan kecelaruan kesihatan juga termasuk dalam soal halal haram makanan.... jangan kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan (maksud quran). Quran menekankan soal 'ibroh (pengajaran) umum bukan sebab ayat diturunkan. Quran mendahului kita dalam segala permasalahan. .ada penyelsaian kepada semua masalah.. cuma kita terkadang terpengaruh dengan pengetahuan barat... lupa kita 5 ayat pertama ialah berkaitan dengan pembacaan/knowledge .. IQRA'.
Pembongkaran mengenai bahan dalam makanan.... antara nutrien, khasiat dan racun!!!
Adakah anda tahu 7 ingredien (bahan makanan) berbahaya mungkin digunakan dalam makanan yang anda mungkin beli dari mana-mana kedai runcit dan segala jenis..market (maksud abuyya super market, hyper market dsbnya). Abuyya mengistilahkannya sebagai 7 pembunuh yang boleh menyebabkan penyakit jantung, migrain, kegemukan, food cravings melampau, osteoporosis, diabetes dan juga kecacatan kelahiran.
Ingredien 3 teratas dalam penemuan penyelidikan didapati:-
Minyak Hydrogenated -- menyebabkan heart disease, deficiensi nutrition, pengurangan menyeluruh kesihatan selular dan banyak lagi. Digunakan dalam biskut, crackers, majerin, produk dairy dan kebanyakan "manufactured" foods bertujuan memerap minyak dalam makanan tersebut untuk lebih jangka hayat, kadang-kadang dikenali sebagai lemak plastik.
Sodium nitrite -- menyebabkan cancer, dijumpai dalam daging yang diproses seperti hotdog dan sosej bertujuan menjadikan daging nampak kemerahan (a color fixer chemical).
Excitotoxins -- aspartame, monosodium glutamate dll. Ini adalah additif 'neurotoxic chemical' secara langsung merosak sel-sel saraf, 'over exciting' saraf sehingga sel mati mengikut pandangan pengamal perubatan. Ia didapati dalam minuman diet dalam tin, sup bertin, salad dressing, sosej breakfast dan makanan vegetarian yang dikilang bertujuan menambah rasa pada makanan.
Q???? the truth that food companies will never admit to and the mainstream media will never print (because they receive advertising funds from food companies, of course!).
Terdedahlah dan perincian yang cukup memeranjatkan, manakah satu bahan makanan yang mekompromi kesihatan anda (bagaimana ia dilakukan). Berdasarkan kajian melibatkan ribuan jam, komen para doktor terkenal, penulis dan pakar pemakanan seluruh dunia, Abuyya akan memberitahu anda keadaan sebenar makanan atau penjual (tak kiralah siapa mereka), insyaAllah dengan maklumat luar atau dalam negara seperti PPIM untuk anda memilih cara hidup sihat dengan maklumat terkini. Walaupun begitu maklumat yang Abuyya kemukakan perlu ditapis kesahihannya demi kebaikan bersama. Yang penting, PILIHAN ADALAH HAK KITA!!!
ADAKAH ANDA TAHU, sebagai contoh:-
- menyediakan hotdog kepada kanak-kanak boleh mendedahkan mereka kepada risiko barah otak dengan kadar 300%?
- Strawberry yogurt, fruit punch dan lain-lain produk 'red-looking' diwarnakan dengan 'dead, ground-up cochineal beetles?' Ingredien ini dinamakan sebagai "carmine," (dibuat dari serangga). Tersenarai dalam bahan kebanyakan makanan kegemaran.
- Syarikat Pemakanan menyembunyikan 'MSG' (Mono Sodium Glutamate) di sebalik nama selamat seperti ekstrak yeast atau trola yeast.
- Kebanyakan buah limau/oren direndam dalam dye tiruan berwarna oren untuk menjadikannya nampak menarik yang mana dye yang sama diharamkan diguna dalam makanan yang boleh membawa kepada risiko barah.
- Sebahagian biskut terutamanya imported cookies masih diadun dengan hydrogenated oils yang mengandungi trans fatty acids?
- Kebanyakan makanan disifatkan "healthy" atau vegetarian foods mengandungi ingredienal yang terlarang.
- Memakan satu hidangan daging yang diproses setiap hari mengundang risiko barah pankreas dengan kadar 67%?
- Satu additif pewarna tiruan boleh menyebabkan kecelaruan tingkah laku di kalangan kanak-kanak dan 80% kanak-kanak yang didiagnos dengan ADHD boleh disembuhkan dalam masa 2 minggu dengan mengenepikan sesetengah ingredien?
- Ingredien no.1 dalam shake (debu) untuk pemakanan kurus badan secara cepat (sebahagiannya) sebagai gantian makanan adalah gula?
Satu Lagi Penemuan!!!! !!!!
Kedudukan Sebenar 'metabolic disruptors'
Hampir semua penyakit zaman moden adalah disebabkan oleh apa yang Abuyya 'terma'kan sebagai "metabolic disruptors." Di sana terdapat gandum dan gula yang menjadi 'pengganggu' disebabkan ia adalah makanan yang diproses... bermakna kebanyakan produk dalam pasaran menyumbang kepada kesihatan yang kurang baik. Akan tetapi sekiranya anda tahu apa yang anda cari, mungkin anda akan mengisi bakul atau cart anda dengan makanan yang akan membantu anda hidup sihat, insyaAllah.
Anda memerlukan maklumat seperti ini bagi membuat pilihan membeli belah secara sihat di kedai runcit, super market, hyper market dan yang sewaktu dengannya. Anda akan mengetahui bahan-bahan yang ada kaitan dengan punca penyakit dan juga mengenai nutrien penting yang boleh mencegah dan 'reverse' penyakit kanser, penyakit jantung, kencing manis, kegemukan dan penyakit 'degenerative' lain.
- Manakah 'ingredien' biasa boleh merosakkan sistem cardiovascular dan menyumbang kepada penyakit jantung di samping merosakkan sel-sel otak
- Mengapa sebahagian dari minuman atau RTD (ready to drink) dikaitkan dengan kecacatan mata dan kebutaan, dementia, Alzheimer dan kecelaruan tingkah laku.
- Adakah wujud bahan makanan yang digunakan di Malaysia sebagaimana satu bahan makanan di Amerika telah meragut nyawa 30,000 orang Amerika setiap tahun (berdasarkan penemuan) tetapi bahan tersebut masih sah digunakan angkara politik industri makanan dan pengaruh penguatkuasa persekutuan di US.
- Bagaimana pembuat/pengilang makanan mengubahsuai lemak asli dan menukarkannya menjadi bahan pendorong penyakit.
- pemanis tiruan yang digunakan, apakah ia penyelesai atau menjadi punca baru penyakit.
- Apakah yang dimaksudkan dengan "homogenized" dalam produk susu dan bagaimanakah kedudukan sebenar yang memeranjatkan ini apabila lemak makanan tenusu jadi ancaman kesihatan
- bagaimana memulihkan osteoporosis dan lain-lain kecelaruan tulang melalui pemakanan dan perubahan gaya hidup yang mencipta tulang 'high density' di seluruh tubuh anda.
- Keadaan sebenar di sebalik 'margarine scam'.
Oleh itu bagaimana sebahagian syarikat pemakanan berjaya menyembunyikan additif perasa atau 'excitotoxins' dalam makanan keluaran mereka. Cukup mudah..... guna nama lain untuk mengelirukan pelanggan atau pengguna.... yang penting mengaut keuntungan tanpa memikirkan akibatnya. Apabila pelanggan menyedari bahaya 'MSG'/ monosodium glutamate,pengilang /pengeluar gunakan nama 'ekstrak yeast/ragi'. Nama lain yang digunakan termasuk:
? Autolyzed vegetable protein
? Hydrolyzed vegetable protein
? Calcium caseinate
? Sodium caseinate
? Textured protein
Trik (trick) Susunan "stacking" Bahan (ingredien)
Mereka juga menggunakan elat untuk mengabui mata pengguna. Sebagai contoh, sekeping coklat yang penuh dengan gula disusun letak bahannya seolah-olahnya kandungan utama ialah beras. Cuba perhatikan label: yang mana bahan lain adalah juga bersumberkan gula:
? Gula
? Sukros
? High-fructose sirap jagung
? Sirap Jagung solids
? Dekstros
Campur semua itu, komponen #1 dalam kepingan coklat berkenaan sebenarnya gula atau sugary substances.
Tetapi mereka meletakkan beras sebagai ingredien utama.... sebenarnya gulalah ingredien utama. Ia suatu teknik bijak yang tidak amanah menggunakan kaedah label. INGAT!!! lagi panjang senarai ingredien lagi kurang sihat makanan berkenaan. Sila baca bahan yang digunakan pada label sebelum anda membeli apatah lagi kalau ada nama jenis chemical yang sukar anda ucapkan.... nasihat saya JANGAN BELI.
Pilihan adalah hak anda.
Wallahu a'lam. :(
Sumber : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Maklumat lanjut : http://groups. yahoo.com/ group/ppimalaysi a/
Selasa, November 14, 2006
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang ISU PRODUK HALAL DAN HARAM silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "