Ahad : 6 April 2025   
@ 8 Syawal 1446H / 8:31 AM

14Selasa,November

AWAS... Satu Jenis Jenayah Baru Sudah Muncul

Semoga semakin ramai orang menyedari cerita ini. Saya baru sahaja terdengar beberapa hari lalu satu jenis jenayah yang dicipta.

Kisahnya adalah seperti ini:

Seseorang akan meletakkan fon bimbitnya dalam saku anda, dan ada kalanya dompetnya yang lengkap mengandungi kad pengenalan beliau. Beberapa minit kemudian si pemilik barangan ini akan mendekati anda dan menuduh anda sebagai seorang pencuri. Dia buat hingar bangar bahawa anda sudah mencuri barangannya . Kerana terkejut anda ditarik kesisi untuk diugut membayar pampasan dengan ugutan dan paksaan seandaianya anda tidak membayarnya polis akan dipanggil. Kalau anda membayar saguhati si pemilik tadi melepaskan anda.

Yang peliknya ada sahaja orang yang sanggup menjadi saksi bahawa anda adalah seorang pencuri. Saya diberitahu perkara begini kerap terjadi di KLIA dan juga di stesen keretapi ataupun LRT. Saya difahamkan ada beberapa orang yang sedang meringkuk dalam lokap kerana perkara ini menunggukan perbicaraan. Di KLIA si pemilik fon bimbit dan dompet mencampakkan ke dalam troli yang sedang ditolak oleh penumpang yang baru tiba.

Kemudian bermulalah dramanya. Si pengugut berjaya meyakinkan polis untuk menahan si mangsa (apabila si mangsa enggan membayar pampasan)

Ini adalah satu perkara serius kerana merupakan peras ugut di siang hari. Memang ada penjenayah yang sanggup buat kerja ini dan menyusahkan anda dengan melibatkan polis. Si penyangak dapat kembali fon bimbit dan dompetnya.

Tetapi si mangsa mungkin dimasukkan dalam lokap untuk didakwa di mahkamah. Berhati-hatilah kerana anda mungkin dituduh sebagai pencuri kerana tidak mampu membuktikan yang anda tidak bersalah.

Geh Cheng Lok & Co, Advocates & Solicitors,
No.20, King Street (Top Floor),
10200 Penang,
Malaysia.
Tel. No: 604-2617464
Fax. No: 604-2611840
try , Selasa, November 14, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog