2+4 hrs...Twogether Fourever

/

37 sijil halal digantung

Oleh Badrila Jamlus
PUTRAJAYA: Lebih 80 peratus produk syarikat pengeluar makanan di sekitar Lembah Klang digantung sijil halal masing-masing selepas didapati gagal mematuhi syarat pengeluaran sijil berkenaan.

Bagi tempoh sehingga Oktober lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung sijil halal membabitkan 17 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan baki 20 peratus meliputi produk berasaskan farmasi, kesihatan dan perubatan.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mustafa Abdul Rahman, berkata langkah menggantung sijil halal itu dibuat selepas pemeriksaan Jakim mendapati syarikat terbabit tidak mematuhi piawaian kebersihan dan prasarana yang ditetapkan.

Beliau berkata, syarikat terbabit diberikan tempoh selama dua minggu hingga sebulan untuk mematuhi syarat ditetapkan, sebelum kebenaran diberikan kepada mereka menggunakan semula sijil halal.

“Sehingga Oktober lalu, Jakim menggantung sebanyak 17 sijil halal berbanding 35 sijil halal yang ditarik balik tahun lalu dengan sebahagian besarnya membabitkan syarikat PKS di Lembah Kelang.

“Tindakan ini diambil selepas pemeriksaan yang dijalankan pegawai Jakim mendapati mereka tidak mematuhi syarat pengeluaran sijil halal seperti tidak bersih dan menggunakan bahan baru tanpa memaklumkan kepada Jakim,” katanya selepas menghadiri majlis prapelancaran program Minggu Halal di sini, semalam.

Program anjuran bersama Jakim, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan I Pro Event Management diadakan selama tiga hari mulai 15 Disember hingga 17 Disember depan di Kompleks Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa).

Ia bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman mengenai pengeluaran sijil halal Jakim kepada pengusaha dan pengeluar makanan halal serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai dasar pemakanan halal.

Mustafa berkata, Jakim terpaksa mengambil tindakan menggantung sijil halal mereka sehingga pemeriksaan semula dijalankan.

Antara kesalahan lazim yang dilakukan syarikat ialah menukarkan pembekal sumber bahan atau ramuan sesuka hati, termasuk daripada pembekal yang tidak mempunyai sijil halal dan tidak mengamalkan Amalan Kebersihan Baik (GHP).

Sumber : Harian Metro
try , Rabu, November 22, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog