Thu | Jul 06, 06 | 03:38:21 PM
Oleh Saari Sungib | abuurwah@gmail.com
Demikianlah telah saya jelaskan, daripada pengamatan saya, enam tujuan utama kenapa ISA digunakan dan akan terus digunakan oleh kerajaan Umno-BN.
Eloklah saya ringkaskan keenam-enam tujuan tersebut sekali lagi.
Pertama, ISA digunakan untuk menanamkan rasa menyesal dan serik di kalangan tahanan kerana telah berani menentang kerajaan Umno-BN.
Kedua, ISA digunakan untuk melemahkan semangat juang tahanan dalam menentang kebatilan dan kezaliman.
Ketiga, ISA digunakan untuk menanamkan rasa takut dan gerun untuk sekali lagi menentang kerajaan Umno-BN.
Keempat, ISA digunakan untuk mematahkan semangat juang para pejuang Islam, penegak keadilan serta aktivis politik, aktivis rakyat dan aktivis hak asasi manusia.
Kelima, ISA digunakan untuk menghukum seseorang kerana berani mencabar kerajaan Umno-BN.
Keenam, ISA digunakan untuk dijadikan peringatan kepada tahanan agar jangan sekali-kali berani mencabar kuasa kerajaan Umno-BN.
Sekiranya seseorang aktivis dan pejuang itu memahami kesemua tujuan di atas dan bagaimana Umno-BN memperalatkan SB-SB untuk melaksanakannya dengan jayanya, saya yakin tidak semudah itu Umno-BN akan berhasil menewaskan para aktivis.
Masalah yang berlaku adalah masih ramai di kalangan aktivis yang mudah tertipu dengan kerja jahat SB-SB ini.
Masih ramai aktivis yang tidak tahu akan hak-hak mereka! Masih ramai aktivis tidak mengenal apa itu ISA!
Masih ramai aktivis yang under siege bila berdepan dengan PDRM apatah lagi SB! Terasa diri sentiasa dipantau oleh SB!
Masih ramai aktivis yang membenarkan diri mereka berdepan dengan harassment SB, OCPD dan polis balai!
Masih ramai aktivis yang beranggapan SB dan polis berhak melakukan apa sahaja terhadap mereka!
Masih ramai aktivis merasakan SB berhak menyoal mereka! mendapatkan maklumat dari mereka!
Masih ramai aktivis yang menganggap mereka mesti ke balai bila dipanggil oleh OCPD atau SB!
Masih ramai aktivis takut pada SB dan polis! Sepatutnya SB dan polis yang takut pada aktivis!
Masih ramai aktivis yang menganggap SB dan polis boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka! Aktivis juga boleh ambil tindakan undang-undang terhadap mereka!
Masih ramai aktivis yang takut untuk turun naik mahkamah! Sepatutnya aktivis sedar bahawa SB dan polislah yang paling takut diheret ke mahkamah!
Masih ramai aktivis tidak mengetahui bahawa ISA adalah undang-undang haram di sisi Islam. Oleh itu kerajaan Umno-BN dan SB tidak ada sedikit pun hak bertindak apa-apa ke atas mereka!
Masih ramai aktivis yang tidak memahami mekanisme ISA sebagai instrumen kezaliman!
Masih ramai aktivis yang tidak tahu cara bagaimana melawan kezaliman ISA!
Masih ramai aktivis tidak tahu bahawa ISA adalah senjata politik kerajaan Umno-BN yang digunakan semata-mata bagi menjaga kepentingan politik mereka!
Masih ramai aktivis yang tidak faham bahawa ISA zalim kerana ia menahan rakyat tanpa bicara!
Masih ramai aktivis yang didera, dibogel dan diseksa menelan begitu sahaja pengalaman pahit mereka dan terus merahsiakannya daripada pengetahuan orang lain termasuk isteri dan anak-anak!
Masih ramai aktivis bila ditahan enggan mendapatkan khidmat guaman untuk membawa kes mereka ke mahkamah!
Masih ramai aktivis yang termakan dengan pujuk rayu SB bahawa mendapatkan khidmat peguam akan melewatkan lagi pembebasan mereka!
Masih ramai aktivis tidak tahu The Two Rules About SB:
Rule Number One: Don't trust the SB.
Rule Number Two: Never trust the SB!
Masih ramai aktivis beranggapan mengemukakan habeas corpus ke mahkamah adalah untuk tujuan mendapat kebebasan! Oleh itu apabila mereka kalah mereka berpatah hati untuk meneruskan perjuangan mereka sebagai satu legal battle!
Masih ramai aktivis merasakan tidak ada apa-apa dengan ISA kerana semasa ditahan selama 60 hari mereka dilayan dengan 'baik' oleh SB! tidak 'disentuh'! diberi makan KFC! diberi makan nasi beriani! diberi bilik air-con! diberi bilik yang ada TV! diberi baca surat khabar! Boleh bermain ping pong dengan SB! boleh bermain catur dengan SB! boleh main dam haji dengan SB! diberi kain pelikat untuk solat! diberi mushaf Al-Quran! diberi tasbih untuk berzikir! dihadiahkan kek hari jadi! diberi berjumpa dengan isteri dan anak-anak!
Masih ramai aktivis yang tidak yakin bahawa penahanan mereka adalah bermotifkan politik dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan negara!
Masih ramai aktivis yang setelah melalui proses soal-siasat terus merasakan diri telah melakukan sesuatu yang memudaratkan keselamatan negara. Oleh itu berdiam diri dan tidak menggembar - gemburkan apa yang telah dilakukannya adalah lebih baik demi mengelakkan daripada lebih ramai orang tahu tentang aktiviti yang dilakukannya itu!
Proses penahanan 60 hari bukan bertujuan untuk soal-siasat. Penahanan itu sebenarnya adalah bertujuan untuk mencapai enam tujuan utama di atas.
Proses tahanan dua tahun ke Kem Kamunting yang boleh disambung hingga bila-bila hanyalah pelengkap.
Untuk itu aktivis perlu betul-betul memahami kedua-dua proses ini. Memahami proses pertama, iaitu ditahan selama 60 hari adalah jauh lebih penting daripada memahami proses kedua, iaitu penahanan dua tahun di Kem Kamunting.
Aktivis perlu tahu bahawa Umno-BN mahu tugas menyempurnakan kesemua enam tujuan ini dicapai oleh SB-SB dalam proses peringkat pertama lagi, tidak perlu tunggu hingga ke proses peringkat kedua!.
Dengan itu bilik soal-siasat yang keji itulah gelanggang paling dahsyat SB-SB bagi melempiaskan sifat-sifat kebinatangan mereka!
Memang takut dan gerun berhadapan dengan SB-SB dalam bilik soal-siasat. Memang rasa diri kerdil dan kecil bila ditengking, dicerna, dihina, dimaki dan dilakukan sesuka hati oleh SB-SB buas itu.
Namun itu semua adalah teknik yang mereka gunakan untuk menjadikan aktivis rasa bersalah, merasa telah terlanjur, merasa menyesal serta mengaku secara tidak sedar telah melakukan sesuatu yang memudaratkan keselamatan umat, masyarakat dan negara.
Itu memang kerja mereka. SB-SB memang mahir melakukan manipulasi psikologi dan emosi. Apa susahnya, tahanan memang dah diletakkan macam tawanan. Bila-bila saja boleh kena ludah di muka! Boleh dibogelkan! Boleh dihentak dan diterajang!
Sesiapa pun boleh buat kerja memanipulasi psikologi dan emosi macam itu. Tidak perlu dilatih jadi SB pun seseorang boleh buat kerja macam itu. Janji ada undang-undang kejam dan zalim macam ISA!
Bila kena ISA, seseorang besar mana sekali jawatannya atau setinggi mana sekali pun pendidikannya, bila berdepan dengan SB-SB cabuk dalam bilik soal-siasat, pasti akan menjadi sekerdil-kerdil manusia pada pandangan SB tersebut.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "