Summertime
Originally uploaded by Lynn Morag.
Mon | Jul 03, 06 | 11:49:59 AM
Oleh abuurwah@gmail.com
Tujuan kelima ISA digunakan adalah untuk menghukum seseorang kerana berani mencabar pemerintah.
Kerja dan tugas menghukum tahanan diamanahkan oleh kerajaan Umno-BN kepada SB.
Instrumen yang digunakan adalah Seksyen 73(1) ISA di mana seseorang itu boleh ditahan selama 60 hari bagi tujuan disoal-siasat, ditelanjang, didera, diterajang dan diseksa mental dan fizikal oleh SB-SB yang buas dan ganas.
Di atas nama keselamatan negara, secara tiba-tiba orang yang ditahan di bawah ISA dinafikan haknya sebagai seorang warganegara Malaysia. Bahkan, SB menafikan haknya sebagai seorang manusia yang bermaruah dan ada harga diri.
SB memberitahu dia tidak lagi dipanggil dengan namanya. Dia hanya diberikan nombor dan setiap kali nombornya dipanggil seperti anjing maka dia mesti akur kepada semua arahan SB.
Sepanjang soal-siasat dia akan ditengking, dimaki, dilontarkan perkataan yang busuk, lucah dan hancing serta dijerkah, diugut dan diancam dengan pelbagai kebiadaban, kebuasan serta keganasan.
Seluarnya yang hanya digulung tanpa sebarang tali ikatan bila-bila masa sahaja boleh dilondehkan oleh SB. SB-SB gemar menelanjangkan tahanan sama seperti melayani seekor binatang. Tahanan tidak dilayan sebagai manusia. Apatah lagi sebagai seorang mu'min yang memiliki karamatul insan!
Sebagaimana binatang ditahan tanpa bicara, demikianlah SB-SB menangkap dan menahan tahanan tanpa perlu sebarang perbicaraan!
SB-SB akan memberitahu bahawa dia ditahan bukan untuk menghukumnya. Tetapi beliau dijemput sebagai tetamu khas negara bagi menyelesaikan masalahnya.
Tahanan dikatakan ada sedikit masalah. Tahanan berpenyakit. Ada benda yang tidak betul. Tahanan perlu diperbetulkan sebelum boleh diserahkan semula untuk menjadi anggota masyarakat biasa.
Sekiranya tahanan mahu berterus terang, ikhlas dan jujur menyelesaikan masalahnya, maka tahanan akan dihantar pulang secepat mungkin.
SB memberitahu bahawa mereka ada menyimpan laporan kegiatan terperinci yang dilakukan oleh tahanan sehingga telah bertindak memudaratkan keselamatan negara. Nasib baik ada SB, jika tidak hancur lebur negara ini disebabkan angkara perbuatan tahanan itu.
SB-SB mendesak bahawa tahanan mempunyai tempoh sehingga 60 hari untuk menyelesaikan masalah.
Kini segala-galanya berada di tangan tahanan. Dalam ISA tahanan tidak dihadapkan ke mahkamah. Tempoh 60 hari itulah sesi perbicaraan dan peluang bagi tahanan untuk membela diri.
SB-SB berulang-ulang kali menyatakan bahawa tahanan sendirilah yang boleh membela dirinya sendiri. Bukan orang lain. Jika tahanan berterus terang, jujur dan mengaku bersalah, SB-SB boleh baiki keadaan dan boleh mencadangkan tahanan dibebaskan segera.
Jika tidak, lamalah tahanan akan merengkok dalam lokap SB. Mungkin 60 hari sepenuhnya.
SB memeritahu bahawa kerajaan tidak zalim. SB pun manusia juga. SB pun beragama Islam. SB tidak aniaya orang. SB mahu bantu tahanan untuk selesaikan masalah dan kembali kepada keluarga secepat mungkin.
Demikianlah manipulasi psikologi yang dilakukan sebagai menghukum tahanan ISA. Itu belum lagi dikisahkan tentang penderaan fizikal, seksaan dan pelbagai lagi kekasaran dan kebengisan SB terhadap tahanan.
Pokok utama dan intipatinya adalah proses soal-siasat di bawah ISA bertujuan untuk menghukum tahanan kerana berani mencabar pemerintah.
Tugas untuk melaksanakan hukuman ini direbut sakan oleh SB. Mereka adalah sejenis manusia sadis yang amat senang hati melaksanakan amanah kerajaan Umno-BN ini dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.
Mereka boleh melakukan kerja-kerja menghukum secara kejam terhadap tahanan sambil bergelak ketawa. Ketawa mereka terjekah-jekah, terhilai-hilai dan berderai-derai!
Perbuatan SB terhadap tahanan ISA dalah bertujuan untuk meninggalkan kesan yang lama.
Saya dimarah oleh ketua SB yang menyoal-siasat saya, katanya:"You dah kena ISA sekali dulu pun tak serik lagi! Masih nak buat lagi".
Ucapan tersebut bermaksud, segala deraan yang dilakukan oleh SB itu biarlah kekal lama dalam memori tahanan sehingga ia akan sentiasa beringat-ingat dengan tindakan dan perbuatannya pada masa hadapan.
Dengan itu, tujuan keenam ISA digunakan adalah untuk dijadikan peringatan kepada tahahan agar jangan sekali-kali berani mencabar kuasa pemerintah.
Tujuan ini amat berkesan. Ia mendatangkan laba politik yang besar kepada Umno-BN. Dari lebih 20,000 orang yang ditahan ISA sejak tahun 1960, berapa ramaikah yang masih bangkit menentang kezaliman dan penyelewengan kerajaan Umno-BN?
Jawapannya. Ada, tetapi boleh dibilang. Mungkin 100 orang! Mungkin juga 200 orang!
Jika pun bilangan mereka yang menentang kerajaan Umno-Perikatan dan kerajaan Umno-BN yang terus teguh menentang kezaliman pemerintah sesudah dibebaskan mungkin mencecah bilangan 200 orang, maka ini bererti ISA sudah 99% berjaya.
Ya, ia 99% berjaya untuk mengingatkan para aktivis agar jangan sekali-kali berani mencabar kudrat dan kehendak kerajaan Umno-BN!
Pada penghujung tempoh tahanan saya di Kem Kamunting, iaitu kira-kira genap dua tahun penahanan saya di sana, saya ditemui oleh tiga orang pegawai tinggi dari Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.
Seorang yang bernama Awang Din mengatakan bahawa masa depan dan nasib saya terserah kepada hasil keputusan pertemuan saya dengan mereka pada hari itu.
Saya tidak kisah apa kata Awang Din. Saya mahukan hak saya. Saya bertanya kepada Awang Din kenapa saya ditahan merengkok sehingga hampir dua tahun di Kem Kamunting. Apa kesalahan saya?
Saya tidak pernah pun mengikuti satu pun program pemulihan sepanjang saya di Kem Kamunting. Tidak pula tindakan saya memboikot makan, melanggar segala peraturan Kem Kamunting dan tidak hadir program anjuran Kem dianggap salah oleh Komandan Kem Kamunting.
Saya beritahu bahawa saya tidak pernah diberi amaran atau dikenakan sebarang tindakan oleh Komandan Kem Kamunting di atas tindakan saya itu. Bahkan kata saya, Komandan Kem Kamunting menunjukkan rasa hormat kepada saya dan memangil saya dengan panggilan "Pak Abu" sahaja.
Saya mahu penjelasan apa salah saya!!
Awang Din berkata: "Sudahlah tu. Kita nak selesaikan masalah. Dah di penghujung dah ni. Tak payah lagi kusutkan keadaan".
Saya membidas: "Saya mahu tahu.. kalau saya salah beritahu apa salah saya.. kalau saya tidak bersalah, kerajaan juga mesti beritahu. Kerajaan kena mohon maaf kepada saya, kepada anak isteri dan keluarga saya. Kerajaan kena bayar ganti rugi"!
Awang Din mahu mengelak dan menukar topik. Saya terus desak. Saya tidak fikir Awang Din ada kuasa untuk tentukan di mana saya berada selepas genap penahanan saya selama dua tahun di Kem Kamunting.
Penahanan saya dan rakan-rakan adalah bermotifkan politik. Tuan-tuan politik sahaja yang boleh buat keputusan. Bukan orang-orang suruhan politik seperti Awang Din dan dua orang lagi al-ustaz yang mengiringi beliau!
Akhirnya Awang Din terpaksa meluahkan dari mulutnya sendiri. Katanya:"Ini ada garisan. Kerajaan di sebelah sini. You di sebelah sana. Sekarang you nak cross line ni. You nak cabar kerajaan. Kerajaan ada kuasa. Kami pun tangkaplah you".
Itulah antara pengakuan yang paling penting saya terima daripada wakil kerajaan Umno-BN sepanjang saya berada kurang dua minggu genap dua tahun di Kem Kamunting.
Rasa-rasanya berbaloi sungguh menjalani program tarbiyyah di penjara apabila penjilat-penjilat politik Umno-BN setelah diasak sehebat-hebatnya terpaksa mengaku bahawa saya ditahan di bawah ISA semata-mata kerana saya berani mencabar kuasa Umno-BN di negara ini.
Terang lagi bersuluh bahawa penahanan saya di bawah ISA tidak ada kena mengena sedikit pun dengan keselamatan negara.
Apa yang nyata adalah saya ditahan hanyalah kerana program yang saya terajui dan penulisan saya dalam media internet telah mengancam kedudukan politik Umno-BN.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "