SAINTIS Britain sedang mencipta sistem   kulit pintar yang membolehkan sesebuah pesawat mengetahui perubahan angin,   kelajuan, suhu, tekanan fizikal dan pergerakan lebih baik daripada teknologi   sedia ada.
   
  LONDON, 23 Ogos - Pakar kejuruteraan Britain kini sedang   membina sistem yang menyerupai fungsi kulit manusia, untuk dipasang di   sekeliling bahagian luar badan kapal terbang, bagi mengesan sebarang kerosakan   atau perubahan persekitaran.
   
  Mail Online melaporkan, jurutera dari Pusat Sistem Teknologi Maju   BAE sedang giat menjalankan kajian untuk menghasilkan sistem yang dikenali   sebagai `kulit pintar' itu, yang bakal dilengkapi dengan puluhan ribu pengesan   mikro.
   
  Pemasangan kulit pintar tersebut membolehkan sesebuah pesawat mengetahui   perubahan angin, kelajuan, suhu, tekanan fizikal dan pergerakan lebih baik   daripada teknologi sedia ada.
   
  Ketua penyelidikan dan pembangunan sistem berkenaan, Lydia   Hyde berkata, idea untuk menghasilkan sistem itu lahir selepas   beliau melihat bagaimana mesin basuh menggunakan alat pengesan bagi memastikan   suhunya tidak terlalu panas.
   
  "Saya memerhatikan bagaimana pengesan berkenaan menghalang mesin basuh   tersebut berada pada suhu yang tinggi. Saya mengambil teori ini dan mahu   mengaplikasikannya dalam projek terbaharu saya," jelasnya.
   
  Kata Hyde, sistem itu juga akan mengurangkan kekerapan pemeriksaan berkala,   sekali gus meningkatkan kecekapan dalam proses penukaran alat ganti kapal   terbang, selain meningkatkan keselamatan.
   
  "Pengesan yang digunakan pada sistem kulit pintar tersebut sangat   kecil, sebesar butiran beras atau lebih kecil daripada itu," ujarnya.
   
  Secara kolektifnya, pengesan akan berfungsi apabila dipasangkan dengan   perisian yang sesuai, konsep komunikasi yang sama diguna pakai oleh kulit   manusia dalam menghantar isyarat kepada otak. – Agensi
   
   
   
 
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "