2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Susu lembu buatan manusia dihasilkan

Penyelidik dari Amerika Syarikat berjaya menghasilkan susu lembu buatan manusia yang tidak mempunyai laktosa dan kolesterol. – AGENSI
 
DUBLIN, 8 Julai - Penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) menemukan formula yang bakal merevolusikan industri tenusu dunia, apabila berjaya menghasilkan susu lembu buatan manusia yang tidak mempunyai laktosa dan kolesterol.
 
Mail Online melaporkan, produk yang dikenali sebagai Muufri itu dihasilkan oleh tiga orang jurutera biologi iaitu Ryan Pandya, Perumal Gandhi dan Isha Datar.
 
Muufri merupakan sebahagian daripada kajian biologi sintetik yang ditaja oleh syarikat pelaburan SOSVentures, di mana proses pembangunan produk berkenaan telah dijalankan di Kolej Univesiti Cork, di sini.
 
Komponen utama susu tersebut adalah yis yang terhasil melalui gabungan enam molekul protein dan lapan molekul lemak.
 
Produk terbabit dijangka akan mula dikeluarkan awal tahun depan.
 
Tujuan utama susu lembu buatan manusia tersebut dibangunkan adalah untuk menghasilkan minuman yang boleh dinikmati oleh 75 peratus penduduk dunia, selain mahu mengurangkan kebergantungan terhadap haiwan dalam penghasilan susu.
 
"Kami mendapat idea untuk menghasilkan susu ini selepas kecewa melihat situasi industri ternakan di Amerika Selatan yang membangun tanpa kawalan rapi sehingga berlakunya penggurangan kualiti susu dan pencemaran alam.
 
"Kami melakukan kajian komposisi susu dan terkejut kerana formula untuk menghasilkannya adalah sangat mudah," jelas mereka bertiga, sambil berharap dalam tempoh masa tiga tahun lagi produk terbabit akan dapat dipasarkan.
 
 
 
Marjaki Rawo , Rabu, Julai 09, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog