/

Orang ramai boleh saksikan Hujan Meteor Delta Aquarids, 28 dan 29 Julai

Dijangkakan sebanyak 20 juraian meteor dapat disaksikan dalam masa sejam bagi kedua-dua malam tersebut. - gambar hiasan
 
KUALA LUMPUR, 22 Julai 2014 : Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggalakkan orang ramai untuk menyaksikan pancuran Hujan Meteor Delta Aquarids pada malam 28 dan 29 Julai 2014, dalam sebuah kenyataan akhbar.
 
Pancuran ini adalah daripada buruj Aquarius yang dapat dilihat dilangit malam bermula sekitar 10.00 malam sehingga subuh.
 
Dijangkakan sebanyak 20 juraian meteor dapat disaksikan dalam masa sejam bagi kedua-dua malam tersebut.
 
Peluang menyaksikan meteor ini adalah tinggi kerana pada ketika itu, langit berada dalam keadaan gelap memandangkan Bulan masih berada di dalam fasa Bulan baru. Namun harus dipastikan kawasan yang cerapan juga tidak berawan dan jauh dari sumber cahaya yang terang.
 
Sebagai makluman, ANGKASA tidak menganjurkan sebarang program khas bagi pencerapan hujan meteor ini
 
Tips untuk menyaksikan juraian meteor:
  1. Pilih kawasan yang lapang, tidak dilindungi oleh bangunan dan pokok
  2. Pilih kawasan yang kurang gangguan pencemaran cahaya
  3. Membawa tikar, sleeping bag, ubat nyamuk, makanan & minuman
  4. Laporkan kepada pihak berkuasa tentang lokasi keberadaan anda
  5. Elakkan dari pergi seorang diri. Sebaiknya pergi secara berkumpulan
  6. Sekiranya keadaan langit berawan anda mungkin tidak akan nampak kemunculan juraian meteor tersebut
  7. Kawasan yang paling sesuai untuk melihat juraian meteor adalah di kawasan lapang seperti tepian pantai
 
- Astro Awani
 
Marjaki Rawo , Selasa, Julai 22, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog