2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Perempuan atau wanita?

KETIKA menaiki kereta dalam perjalanan untuk bermain futsal bersama-sama rakan lama, lagu Rozana nyanyian kumpulan Search yang begitu popular pada awal tahun 1990-an telah diputarkan.
 
Sebenarnya banyak lagu yang dicipta menggunakan nama wanita sebagai judulnya, antaranya Oh Fatimah, Cinta untuk Nabilla, Suraya, Zunika, Suzana dan pelbagai lagu lain yang menjadi siulan.
 
Keadaan yang sama berlaku juga dalam proses penerbitan filem apabila banyak filem yang dijudulkan dengan nama wanita, antaranya Azura dan Isabella. Begitulah rapatnya wanita dengan orang Melayu dan kebudayaan Melayu di Malaysia.
 
Apabila sesuatu isu yang berkaitan wanita dibincangkan, sudah pasti isu berkenaan menarik hati semua pihak.
 
Ada seorang rakan menanyai saya, apakah bezanya betina, perempuan dan wanita? Bunyinya agak sama tetapi mempunyai perbezaan dari segi maksudnya.
 
Dalam ketiga-tiga perkataan ini, wanita mempunyai taraf yang lebih tinggi dari segi maksudnya.
Wanita dianggap lebih mulia dan mempunyai sifat yang terpuji berbanding perempuan. Tidak ada orang yang marah menyebut, "Hei wanita! pergi dari sini." Hal ini kerana istilah wanita itu lebih lembut dan halus serta melambangkan darjat tinggi.
 
Kita selalu mendengar orang menyebut, "Dasar perempuan tidak tahu asal-usul" yang diucapkan dalam filem-filem Melayu.
 
Apabila melihat contoh ini, sudah pasti kita dapat membezakan antara wanita dengan perempuan. Perempuan mempunyai taraf yang lebih rendah malah kurang dihormati berbanding wanita.
 
Betina pula merupakan bahasa percakapan untuk panggilan kesat kepada perempuan yang kelakuannya menyimpang daripada norma masyarakat dan jika dibandingkan dengan perempuan, betina lebih rendah tarafnya. 
 
Walau sesiapa pun mereka, sama ada wanita, perempuan atau betina, namun mereka merupakan sebahagian penduduk di Malaysia.
 
Mereka mempunyai pengaruh yang besar terhadap iklim kehidupan di negara kita. Kita pasti tahu kehebatan Cik Siti Wan Kembang yang pernah memerintah negeri Kelantan dengan jayanya walaupun baginda seorang wanita.
 
Bagi saya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz merupakan wanita yang paling didambakan oleh lelaki-lelaki di Malaysia. Bukankah banyak orang yang sanggup tidak tidur malam kerana mengejar wang?
 
Walaupun perkara ini hanyalah gurauan tetapi lihatlah tandatangan siapa pada wang kertas Ringgit Malaysia.
 
Bukti-bukti tadi menunjukkan bahawa wanita mempunyai pengaruh dan peranan yang cukup besar di negara kita sejak dahulu lagi.
 
Oleh hal demikian, tidak hairanlah jika banyak peribahasa Melayu yang mempunyai kaitan dengan wanita dicipta bagi menggambarkan pandangan masyarakat Melayu.
 
Antara peribahasa yang jarang-jarang kita dengar tentang wanita ialah
  • jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat paksi kain yang bermaksud seseorang perempuan yang baik budinya itu, jika tidak berkenan untuk kita jadikan isteri atas sebab-sebab tertentu maka boleh juga dijadikan isteri,
  • jual sutera, beli mastuli (seorang lelaki yang bercerai dengan isterinya yang baik kemudian beristeri pula dengan perempuan yang lebih baik),
  • bagai bulan penuh mengambang di kaki awan (perihal keelokan seorang perempuan tatkala keluar dari rumahnya hendak berjalan),
  • juadah sudah dijilat cicak (perempuan yang sudah melakukan kejahatan dalam sulit),
  • kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang (perempuan yang berbuat kejahatan ketika suaminya alpa),
  • labu dikerbuk tikus (kerosakan besar bagi perempuan pingitan yang tidak dapat dibaiki lagi),
  • kain dalam acar dikutip dicuci, dia hendak ke longkang juga (seorang perempuan yang biasa melakukan kejahatan itu payah hendak menghilangkan tabiatnya itu walaupun diajar) dan banyak lagi.
Wanita sentiasa diberi peluang yang sama dengan lelaki di negara kita. Kita jangan terkejut jika sebenarnya 62 peratus daripada 205,557 orang penjawat awam di peringkat pengurusan dan profesional di negara kita pada tahun 2013 terdiri daripada wanita kerana wanita Malaysia sememangnya hebat.
 
 

* Oleh MUHAMMAD DAUD, Sinar Harian, 5 Jun 2014
Muhammad Ttuyup , Khamis, Jun 05, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog