/

Pengguna dinasihatkan tidak guna kosmetik beracun

KUALA LUMPUR, 13 Jun 2014 - Orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli dan mengguna produk kosmetik berikut:
 
Produk-produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan di dalam  produk kosmetik. Oleh itu, produk-produk tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
 
Produk yang mengandungi hydroquinone dan/atau tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa  Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
 
Hydroquinone biasanya digunakan untuk tujuan  merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi, manakala tretinoin pula digunakan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagi merawat  masalah jerawat (acne vulgaris).
 
Penggunaan hydroquinone dan/atau tretinoin tanpa mendapat nasihat kepakaran dari profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini.
 
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan  kulit tidak sekata.
 
Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang  tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang  mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
 
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu  mengurangkan kedutan.
 
Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak  selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
 
Pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah diarahkan untuk memberhentikan penjualan/pembekalan  dengan serta merta dan memanggilbalik kesemua stok fizikal produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.
 
Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan/ pengedaran/ penggunaan produk tersebut dengan serta- merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
 
Individu yang  melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3  tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya  untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.
 
Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan  pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
 
Pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835532/5533/5537 jika  mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat daripada penggunaan produk-produk kosmetik. 
 
Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
13 Jun 2014
 

SUMBER :  Kementerian Kesihatan Malaysia
 
NTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA    : NOR SUZAMAN BIN ABDUL RAHMAN
               Pegawai Perhubungan Awam
               Unit Komunikasi Korporat
               Kementerian Kesihatan Malaysia
TEL    : 03-8883 2782
 

- Bernama
 
Unknown , Jumaat, Jun 13, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog