Basikal ini boleh dilipat seperti saiz payung.
ROM, 4 Mei - Seorang pereka dari Itali berjaya menghasilkan sebuah basikal yang boleh dilipat menjadi sebesar saiz payung, bagi memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana-mana.
Laman web Mail Online melaporkan, pereka tersebut Gianluca Sada berkata, idea untuk menghasilkan basikal itu timbul selepas dia berasa kecewa dengan rekaan basikal lipat masa kini.
"Idea penghasilan basikal ini mengambil kira aspek menurunkan berat dan dimensi basikal. Bagaimanapun, rangka basikal yang kecil dan ringan akan memberi kesan kepada kestabilannya.
"Namun begitu, apa yang penting adalah produk ini mudah digunakan dalam pelbagai situasi," jelas Sada.
Kata Sada lagi, pada awalnya dia menetapkan matlamat untuk menghasilkan basikal yang mempunyai tayar bersaiz 66 sentimeter diameter beserta rangka dan komponen yang boleh dilipat.
Dia turut mencipta berpuluh-puluh prototaip bagi mencari rekaan yang benar-benar memenuhi cita rasanya.
"Akhirnya saya berjaya menghasilkan sebuah basikal yang mudah digunakan serta mesra alam," ujarnya lagi.
Tambahnya, ketika ini, dia sedang mencari pelabur yang berminat untuk menanam modal bagi menghasilkan basikal tersebut agar boleh dipasarkan secara besar-besaran.
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "