2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Saintis Temui Antibodi MERS-CoV

LONDON, 30 April 2014 – Saintis-saintis menemui antibodi semula jadi manusia terhadap Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS-CoV) sekaligus meningkatkan harapan bahawa penyakit maut itu boleh dirawat.
 
Mirip kepada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), MERS-CoV pertama kali dikesan pada tahun 2012 sebelum mencetuskan wabak di Asia Barat diikuti jangkitan rambang di seluruh dunia.
 
Masyarakat antarabangsa pula bimbang akan penularan MERS- CoV berikutan peningkatan mendadak bilangan jangkitan dan kematian akibat virus tersebut.
 
Setakat hujung minggu lalu di Arab Saudi, pihak berkuasa telah merekodkan 26 kes baru MERS-CoV manakala 10 kematian turut dicatatkan.
 
Perkembangan itu menjadikan angka jangkitan MERS-CoV di negara itu sahaja telah meningkat kepada 339 orang dan menyebabkan 102 kematian.
 
Sehingga kini, tiada ubat atau vaksin bagi mengubati MERS-CoV yang menyebabkan simptom-simptom seperti batuk, demam, sesak nafas seterusnya membawa kepada pneumonia dan kegagalan ginjal.
 
Namun, beberapa kajian yang disiarkan dalam dua jurnal saintifik utama kelmarin menyatakan saintis dari Amerika Syarikat (AS), China dan Hong Kong telah menemui antibodi yang dapat menghalang virus itu daripada menjangkiti sel-sel badan manusia.
 
Dalam satu kajian berkenaan, sepasukan penyelidik China menemui dua antibodi dinamakan MERS-4 dan MERS-27 yang dapat menghalang sel daripada dijangkiti virus MERS-CoV.
 
Kajian dalam makmal itu disiarkan dalam jurnal Science Translational Medicine.
 
"Walaupun masih di peringkat awal, kajian ini menunjukkan antibodi tersebut boleh digunakan untuk menghalang penularan MERS-CoV," kata saintis-saintis tersebut.
 
Kajian kedua yang disiarkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS) pula melibatkan penemuan tujuh antibodi oleh sepasukan penyelidik dari Amerika Syarikat (AS).
 
Antibodi-antibodi itu berpotensi untuk menghasilkan rawatan dan vaksin MERS-CoV untuk tempoh jangka panjang.
 
Dalam pada itu, sebahagian besar kes MERS-CoV setakat ini telah direkodkan di Arab Saudi dan beberapa negara Asia Barat lain.
 
Namun, penemuan kes jangkitan rambang MERS-CoV di Britain, Greece, Perancis, Itali, Malaysia dan beberapa lagi negara mencetuskan kebimbangan risiko berlakunya wabak global.
 
Pakar-pakar bimbang MERS-CoV akan tersebar melalui pengangkutan udara melibatkan penumpang-penumpang yang dijangkiti virus berkenaan.
 
Sebelum ini, virus SARS yang muncul di China telah meragut 800 nyawa dan menjangkiti lebih 8,000 orang dalam wabak yang berlaku pada tahun 2002 hingga 2003. – Reuters
Unknown , Rabu, April 30, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog