/

Rakyat Malaysia Kurang Kesedaran Mengenai Perancangan Harta

KAJANG, 29 April 2014 - Hartanah dan tanah bernilai RM330 juta yang tidak dituntut berdasarkan rekod pada 2007, menunjukkan betapa semua kaum di negara ini tidak ada kesedaran mengenai perancangan harta, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan (Dasar) Datuk Mat Noor Nawi.
 
Beliau berkata terdapat sejuta hak milik tanah yang belum dipindah milik kepada waris sebenar, sama ada kerana mereka tidak dapat dikesan atau gagal mencapai kata sepakat, untuk bersama-sama meraih faedah daripada pembahagian harta itu.
"Tidaklah memeranjatkan bahawa sejumlah besar lot tanah pusaka tidak dijual dan ditinggalkan terbiar sahaja," katanya ketika merasmikan Simposium Penyelidikan Hartanah Antarabangsa di sini Selasa.
 
"Semuanya ini telah wujud berdekad lalu dan saya masih tidak nampak bagaimana kita boleh memanfaat potensi tanah seperti itu.
 
"Memang benar semuanya berkait rapat dengan soal undang-undang, tetapi tentunya kita boleh melakukan sesuatu kepada tanah seperti itu supaya waris-waris boleh mendapat faedah atau lebih baik lagi masyarakat yang untung?," soal beliau.
 
Mat Noor juga mempersoalkan kesesuaian kampung-kampung baru yang diwujudkan atas sebab sejarah tetapi masih berdiri tegak di tengah-tengah persekitaran perbandaran masa kini seperti kawasan seluas 124.37 hektar di Kuala Lumpur.
 
Beliau berkata pihak berkuasa tempatan telah merancang strategi pembangunan untuk 20 tahun akan datang yang memberi tumpuan kepada wawasan menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar bertaraf dunia.
 
"Dengan semua kekangan itu, bagaimanakah kita hendak mengubah kampung-kampung baru ini," soal beliau lagi.
 
Mat Noor berkata hartanah itu termasuk tanah wakaf, kawasan lama, lokasi tidak terurus atau bangunan usang, kawasan paya dan tanah rizab Melayu mempunyai potensi untuk dimajukan dan memerlukan perhatian segera.
 
Beliau berkata keseluruhan tanah tidak dimajukan kini seluas 5,757 hektar atau 23.8 peratus tanah boleh digunakan di Kuala Lumpur tetapi wujud dalam kelompok kecil yang tidak membolehkannya dibangunkan secara besar-besaran.
 
Beliau berkata penempatan setinggan terdiri daripada kawasan kediaman, komersial dan kegiatan perusahaan, kini meliputi 571 hektar atau 2.4 peratus daripada tanah diguna pakai.
 
Mat Noor berkata simposium bertemakan "Memanfaat Potensi Hartanah" tepat pada masanya dan relevan sejajar dengan rancangan transformasi kerajaan dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi. - Bernama
Unknown , Rabu, April 30, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog