/

Facebook, Twitter Jadi Medium Utama Cinta Siber

Peratusan orang yang telah bertemu dalam talian
 
Untuk mencari cinta pada masa kini amat mudah… semuanya di hujung jari. Tetapi laman sosial apa yang sering digunakan untuk mencari cinta di internet?
 
Firma pemasaran Jana membuat kali selidik menggunakan 1,500 responden yang berumur 18 hingga 30 tahun kanak-kanak di sembilan buah negara mengenai laman sosial atau portal yang mereka gunakan ketika mencari hubungan cinta di dalam talian.
 
Kajian ini memberi tumpuan di negara India , Indonesia, Filipina , Vietnam , Kenya , Nigeria , Mexico , Afrika Selatan , Brazil dan Mexico. Industri temu janji dalam talian dikatakan bernilai lebih $ 2billion ( RM 6juta )  di seluruh dunia, menurut perangkaan IBISWorld.  Menurut perangkaan  National Fraud Intelligence Bureau (NFIB) pula,  'online dating' juga memberi kesan buruk seperti penipuan internet yang didakwa mencecah sebanyak RM135juta setahun.
 
Lebih daripada separuh ( 55 peratus) daripada jenayah dilaporkan oleh mereka yang berumur 40-59 tahun dan 63 peratus dilakukan oleh perempuan. Hampir satu perlima daripada mangsa dilaporkan mengalami kerugian sehingga RM55,000 dan ada yang mencecah sehingga jutaan ringgit. Penipu cinta siber kebanyakkannya berasal dari England , diikuti oleh Amerika Syarikat , Nigeria , Ghana dan Rusia.
 
Jenayah Cinta Siber Di Malaysia
Tidak kurang juga di Malaysia, jenayah siber pelbagai jenis boleh dianggap sebagai bom jangka di negara ini apabila jumlah kerugian dialami mangsa yang dicatat oleh polis akibat jenayah itu dari Januari hingga Julai tahun 2013 ialah RM1 bilion. Pada tahun 2011, seorang wanita telah mengalami kerugian hampir RM1juta setelah terpedaya dengan janji manis kekasih internet dipercayai warga Afrika.
 
Menurut laporan akhbar Berita Harian , seramai 1,909 rakyat Malaysia, kebanyakannya wanita yang berumur di dalam lingkungan 28 hingga 35 tahun telah menjadi mangsa penipuan sindiket cinta siber sejak dua tahun lalu mengakibatkan kerugian lebih RM69.3 juta. Sindiket itu kebanyakannya dianggotai lelaki kulit hitam dari Nigeria, tetapi mendakwa lelaki kulit putih dari United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Itali serta menyasarkan mangsa mereka menerusi perbualan online atau laman sosial.
 
Facebook, Twitter jadi destinasi pilihan cinta dalam talian
Facebook adalah laman sosial yang paling popular , dengan Twitter di tempat kedua dan juga MySpace di tempat ketiga di kawasan tertentu dalam mencari cinta secara maya. Twitter adalah destinasi kedua paling popular untuk mencari jodoh di Indonesia, Filipina , Vietnam , Kenya , Brazil dan Mexico. Ia adalah laman web ketiga pilihan di India, Afrika Selatan dan Nigeria. Walaupun begitu, laman web MySpace menjadi pilihan untuk mencari jodoh di negara seperti Indonesia, Vietnam, Kenya dan Mexico.  Ramai berkata mereka lebih suka menggunakan laman Facebook kerana majoriti pengguna adalah lebih jujur ​​daripada orang-orang di laman web temu janji ataupun di media sosial lain di mana adalah lebih mudah untuk membuat profil palsu dan menipu.
 
Peratusan tertinggi orang yang telah bertemu dalam talian dengan seseorang adalah di Vietnam, iaitu sebanyak 67%. Peserta menambah bahawa bahagian terbaik tentang temu janji dalam talian adalah terdapat pelbagai jenis orang yang mereka boleh adakan janji temu tetapi agak sukar mencari kerana terlalu ramai orang di laman web yang mereka gunakan.
 
Pilihan laman web untuk mencari cinta di dalam talian untuk 9 buah negara
 
 
 

* Sumber dari Wanista
 
Unknown , Selasa, April 29, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog