CHIMELONG, China, 2 April - Sebuah akuarium di China muncul taman tema laut terbesar di dunia dengan keluasan 132 hektar yang menelan kos pembinaan sebanyak 484.4 juta pound (RM2.6 bilion).
Menurut laporan Mail Online, Taman Laut Chimelong yang menakung air garam sebanyak 22.7 juta liter itu, turut memecah beberapa rekod dunia baru kerana dilengkapi tangki pameran terbesar dunia, tangki akuarium, jendela akuarium dan panel pameran akrilik.
Pusat tarikan pelancong yang baru dibuka kepada orang ramai pada Sabtu lalu itu, merupakan sebahagian daripada Hotel Chimelong Hengqin Bay, yang bertemakan ekologi laut terbesar di negara ini.
Taman Laut Chimelong yang terletak di Pulau Hengqin berhampiran Macau itu mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan dan mempunyai tujuh kawasan taman tema dengan setiap satu daripadanya mewakili setiap bahagian di lautan, selain turut dilengkapi pawagam lima dimensi dan sarkas.
Taman teman laut tersebut direka oleh GAV Destinations, yang turut bertanggungjawab dalam mereka bentuk Hong Kong Grand Akuarium dan Muzium Terracotta Warriors di Xi'an,
Lebih 1.98 bilion pound (RM10.76 bilion) dilaburkan untuk membina hotel dan taman tema yang dimiliki oleh Kumpulan Chime-Long tersebut, yang turut memiliki taman tema terbesar di China iaitu Chime-Long Paradise di Guangzhou.
Sejak praperasmiannya awal tahun ini, taman tema tersebut berjaya menarik kehadiran lebih 500,000 pengunjung semasa sambutan Tahun Baru Cina pada Januari lalu.
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "