/

Kesan Terlebih Tidur Oversleeping Atau Hipersomnia

Tidur memang menyeronokkan setelah penat seharian, tidur adalah jawapannya. Selepas tidur badan kita akan rasa lebih segar. Namun tidur ada hadnya, tidur untuk orang dewasa adalah tidak lebih dari 8 jam. Tahukah anda tidur berlebihan boleh memudaratkan tubuh kita, ynang paling senang dapat rasa seperti Yanz kalau terlebih tidur badan akan terasa sakit-sakit serta kepala akan pening.
 
Memang benar, seperti yang Yanz nyatakan di atas tidur merupakan cara terbaik untuk memulihkan keadaan tubuh. Kurang tidur diketahui berakibat buruk pada kepekatan, daya analisis, kreativiti, hingga mencetuskan timbulnya berbagai penyakit. Agar tidak kurang tidur, para pakar mengesyorkan untuk tidur tidak kurang daripada enam jam setiap harinya. Hanya saja, di balik manfaatnya terdapat juga keburukannya jika kita terlebih tidur.
 
Apa yang menyebabkan terlebih tidur oversleeping atau hipersomnia?
  1. Sleep apnea : jenis gangguan tidur di mana orang berhenti bernafas seketika ketika tidur yang membuatkan penghidapnya merasa tidak cukup tidur dan akan tidur lebih lama kerana tidurnya tidak berkualiti. Pengidap akan merasa letih dan tidak segar walaupun sudah tidur lebih dari 10 jam. Gangguan pernafasan terjadi kerana dinding kerongkong berhenti beroperasi ketika penghidap sedang tidur. Akibatnya, aliran udara di dalam tubuh terhenti sehingga penghidap terkejut dan bernafas semula.
  2. Narcolepsy : masalah neurologis juga penyebab tidur berlebihan. Narcolepsy memengaruhi bahagian otak yang mengawal tidur. Penghidap narcolepsy ini gagal untuk menetapkan dimana dan bila waktu sesuai untuk tidur. Oleh itu dia akan tertidur dimana shaja dan bila-bila msa sahaja
  3. Stres & Tekanan : Kedua-dua perkara ini memang mengganggu jiwa, pemikiran dan mental penghidapnya, sehingga terganggunya tidurnya dan salah satu terjadi oversleeping.
  4. Keletihan : Keletihan akibat terlalu kuat bekerja, gangguan waktu tidur, hamil atau kekurangan tidur juga merupakan antara faktor penyebab utama oversleeping ini. Jika seseorang itu terlalu letih, dia tentu akan memutuskan akan tidur lebih lama, malah kadang-kadang lebih 9 jam. Ini kerana kononnya lebih tidur badan akan segar kembali.
Apakah kesan dari masalah terlebih tidur oversleeping atau hipersomnia?
  1. Diabetes : Beberapa kajian menunjukkan orang yang tidur lebih lama dari orang pada umumnya cenderung untuk membangunkan penyakit diabetes. Terlebih, saat mempunyai riwayat penyakit ini dari orang tuanya.
  2. Penyakit jantung : Jika terbiasa tidur lebih daripada lapan jam setiap harinya, maka anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menderita penyakit jantung. Menurut beberapa penyelidik, tidur sekitar 9-12 jam sehari merupakan faktor yang meningkatkan risiko penyakit jantung.
  3. Cepat lupa : Ya, tidur baik untuk pembentukan ingatan. Namun tidur lebih dari 8-9 jam sehari justru memberikan kesan yang sebaliknya. Tidur berlebihan melambatkan fungsi sel otak yang menunjukkan tanda-tanda kepikunan.
  4. Kemurungan : Banyak kajian yang mempelajari masalah ini. Beberapa di antaranya menyatakan, pesakit kemurungan cenderung tidur lebih lama daripada orang umumnya. Yang lebih buruk lagi, tidur berlebihan dikatakan memburukkan keadaan tersebut.
  5. Sakit belakang : Orang yang tidur berlebihan cenderung untuk mengalami sakit belakang lebih kerap daripada orang yang tidak. Kecuali, mereka tidur di katil khusus yang sudah disesuaikan.
  6. Obesiti : Semasa tidur, metabolisme berjalan lebih lambat sehingga jika dilakukan berlebihan, cepat atau lambat anda pun terancam mengalami obesiti. Menurut kajian, mereka yang tidur berlebihan mempunyai risiko 21 peratus lebih tinggi untuk terkena obesiti berbanding orang yang tidur normal.
  7. Kematian : Walaupun belum ada alasan ilmiah, tetapi banyak kajian menunjukkan tidur berlebihan berkaitan dengan tingginya risiko kematian.
  8. Menjadi kurang menarik : Terlalu banyak tidur juga mempengaruhi kehidupan sosial anda. Saat menghabiskan terlalu banyak masa untuk tidur, anda cenderung untuk melewatkan banyak aktiviti sosial sehingga mungkin sedikit banyak mengurangkan daya tarikan anda.
Apakah Tips mengatasi Terlebih Tidur Oversleeping Atau Hipersomnia
  • Pilih nada dering atau suara jam tidur yang tepat. Memilih suara yang tepat penting bermaksud supaya apabila anda bangun anda akan sedar dan lebih segar.
  • Jangan suka mengamalkan tidur-tidur ayam atau curi-curi tidur. Pilih lah masa sesuai untuk tidur, biar sebentar tetapi berkualiti.
  • Jadualkan waktu tidur anda. Amalkan tidur pada setiap masa yang sama setiap hari. Oleh itu tubuh akan dapat diprogramkan bila waktu rehat dan waktu bekerja.
  • Jika terpaksa menghadiri aktiviti pada waktu malam, sila atur semula jadual tidur anda supaya tidak mengganggu tugas anda ke esokkan harinya.
  • Berjumpalah doktor yang di iktiraf dan berbincanglah masalah anda ini.
 
Tidur amat penting untuk kesihatan tubuh namun apa sahaja di dalam dunia ini haruslah besederhana. Perkara ini juga ada ditekankan didalam agama suci kita agama Islam supaya besederhana dalam segala hal. Di sini ingin juga Yanz kongsikan rangkaian product dari shaklee yang juga dapat membantu anda mendapat tidur yang berkualiti. Oleh itu ke esokan harinya anda akan lebih segar dan berkeyakinan menjalankan tugas seharian.
 

* Sumber dari yanzhealth.mommybizz.com
Unknown , Jumaat, Januari 10, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog