2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Selamat datang tahun demonstrasi

Tahun 2013 hampir melabuhkan tirainya. Tirai yang berlabuh dengan kedukaan mula tergambar di wajah rakyat dengan pelbagai siksaan sedang menanti di ambang 2014. Mana tidaknya, dengan kenaikan pelbagai harga barang dan perkhidmatan, tahun 2014 yang bakal hadir beberapa hari lagi mencatatkan seribu keresahan.
 
Sedang rakyat berkira-kira membahagi-bahagikan wang yang ada dalam kantung mereka untuk persekolahan anak menjelang sesi baru 2014, rakyat tersentap dengan pengumuman rasionalisasi subsidi kerajaan.
 
Tidak kira warga kota mahupun desa, semuanya akan terkesan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
 
Kerajaan pula terus-menerus mencanangkan agar rakyat berjimat cermat, kononnya langkah rasionalisasi subsidi adalah untuk kepentingan rakyat.
 
Tidak seperti semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kerajaan cukup cakna hal kesusahan rakyat, wang ditabur, bantuan dihulur dan janji ditabur, muluk- muluk indah masuk ke telinga rakyat hingga rakyat terpesona dengan janji BN.
 
Tiada kenaikan diumumkan sebelum PRU13, malah janji ditabur kononnya kerajaan akan cakna rakyat andai terus kekal menjadi pemerintah.
 
Janji ini hanya tinggal janji, hanya selepas tiga bulan PRU13 berlalu, pada September 2013 harga minyak dinaikkan, kemudian pada Oktober, harga gula pula melambung naik.
 
Namun kerajaan masih terus meminta rakyat bersabar, kerajaan meminta agar rakyat berjimat, alasan kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan jumlah pesakit diebetis.
 
Seribu satu alasan dicipta, direka untuk menyedapkan telinga rakyat sementelahan pula media arus perdana dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan memerintah.
 
Apabila rakyat mula menunjukkan protes, amaran keras diberikan.
Lihat sahaja rancangan beberapa NGO termasuk kempen TURUN untuk berdemonstrasi pada Ambang 2014 bagi membantah kenaikan pelbagai barangan dan perkhidmatan, polis awal-awal lagi sudah memberi amaran agar rakyat tidak terlibat dengan himpunan aman itu.
 
Rakyat tidak dibenarkan menyuarakan hak atau pandangan samada dalam medium media massa mahupun berhimpun secara aman. Rakyat yang berhimpun akan digambarkan sebagai pengkhianat.
 
Sementara pemimpin yang menyeleweng, boros dan hidup mewah atas keringat rakyat akan diangkat seperti seorang perwira.
 
Namun semakin hari semakin ramai rakyat yang mula menyedari bahawa kepimpinan negara yang ada hari ini bukanlah kepimpinan yang benar-benar ikhlas membantu serta membela rakyat, jauh sekali menjalankan amanah rakyat dengan sebaiknya.
 
Pengumuman kenaikan yang dibuat kali ini membuka mata rakyat bahawa janji pilihan raya oleh BN hanya janji palsu, pemberian pelbagai bantuan termasuk BR1M dan sebagainya hanya helah, setelah berlalu pilihan raya wang rakyat dirompak semula.
 
Atas kesedaran ini rakyat akan menghadiahkan pula kerajaan BN dengan tahun 2014 dilihat akan menjadi tahun demonstrasi mengutuk kebobrokan kerajaan.
 
Mahu atau tidak, massa rakyat sedang bergerak untuk berhimpun dan paling awal pada ambang 2014 dengan semua mobilisasi sudah digerakkan. Nantikan saat menjelang ambang 2014 yang akan menggamit kehadiran tahun 2014 sebagai tahun demonstrasi.
 
 

* Written by Editor Warta, Saturday, 28 December 2013
Muhammad Ttuyup , Selasa, Disember 31, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog