"Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakanlah istighfar iaitu memohon ampun kepada ALLAH SWT. Ini kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menghuni neraka."
Lalu seorang wanita di antara mereka bangkit bertanya kepada Nabi: "Wahai Rasulullah SAW, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?"
Baginda SAW bersabda: "Ini kerana kamu banyak mengingkari perintah suami. Maka aku tidak pernah melihat mereka yang kekurangan akal dan agama melainkan daripada golongan kamu.
"Wanita itu bertanya lagi: "Wahai Rasulullah SAW! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?
"Lalu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua wanita adalah sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Adapun yang dimaksudkan dengan kekurangan agama ialah wanita yang tidak mendirikan solat pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan disebabkan kedatangan haid."
Daripada pandangan mata kasar melihat golongan wanita itu lemah-lembutnya, namun apabila menyingkapkan maksud hadis berkenaan jelas betapa meremang bulu roma dan takutnya kepada seksaan ALLAH.
"Aku diperlihatkan keadaan neraka yang mana aku tidak pernah melihat pemandangan seperti ini, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kaum wanita.Lalu para sahabat bertanya: "Mengapa berlakunya perkara sedemikian wahai Rasulullah SAW?"
Baginda SAW bersabda: "Ia disebabkan oleh kekufuran yang telah dilakukan oleh mereka."
Kemudian sahabat bertanya lagi: "Adakah mereka kufur kepada ALLAH?"
Baginda SAW menjawab: "Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) pasti dia akan berkata: 'Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan yang ada pada dirimu.' " (Riwayat Bukhari)
Eksekutif Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Islam dan Penerbitan al-Quran, Kumpulan Media Karangkraf, Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil berkata, merujuk kepada hadis tersebut, Nabi SAW menyatakan kepada kita bahawa ramai penghuni neraka terdiri dalam kalangan wanita.
"Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatan serta taat kepada suami, maka dia akan diberi pilihan oleh ALLAH untuk masuk ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Riwayat Ahmad)
"ALLAH mengemukakan satu perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) ALLAH, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)".
*Oleh SYAHIDATUL AKMAL DUNYA, Sinar Harian, 22 November 2013

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "