Memang tidak dinafikan bahawa kebanyakan kita mempunyai keinginan untuk tampil kurus seperti model. Jika wanita sanggup melakukan apa saja demi kecantikan, kaum lelaki juga tidak ketinggalan, malahan masalah dikenali sebagai 'eating disorder' dikalangan kaum Adam kini semakin meningkat.
Gangguan pemakanan sebenarnya mengundang kesan dan juga kematian. Gangguan ini boleh terbahagi kepada Anoreksia Nervosa dan Bulimia Nervosa.
Anoreksia Nervosa merupakan satu keadaan di mana individu yang menghidapinya menolak untuk mengekalkan berat badan di bawah paras normal yang minimal.Bulimia Nervosa pula dicirikan sebagai satu keadaan di mana individu yang menghidapinya mengambil atau makan dengan amaun yang banyak tetapi diikuti dengan memuntahkan semula secara paksa. Ini dinamakan 'self-induce vomitting'.
Peningkatan berat badan adalah salah satu punca golongan ini bertindak untuk mengurangkannya dengan pelbagai cara. Mereka juga takut kepada obesiti serta tidak henti-henti untuk menguruskan badan. Mempunyai pengalaman pernah dilabel obesiti suatu ketika dulu juga faktor kepada golongan ini risau terhadap bahagian-bahagian tertentu badan. Mereka merasakan bahagian-bahagian tertentu sangat gemuk seperti di punggung, abdomen dan paha.
Keadaan ini menyebabkan mereka melakukan pelbagai cara atau teknik untuk menganggarkan berat dan saiz badan seperti kerap menimbang berat, kerap mengukur badan dan berterusan menggunakan cermin untuk memeriksa bahagian badan yang gemuk. Ada juga individu yang menghidapi Bulimia Nervosa berpuasa atau melakukan senaman yang melampau. Untuk merawat masalah ini, pendekatan seperti menggunakan terapi farmakologi dan psikoterapi seperti terapi kognitif-tingkah laku, interpersonal dan sebagainya boleh dilakukan.
Sebenarnya, untuk turunkan berat badan, berlapar bukanlah pilihan yang tepat. Anda masih perlukan makanan untuk tenaga dan kesihatan tubuh. Kunci utama untuk tubuh sihat dan sasa adalah pemakanan seimbang dan senaman yang teratur!
Jumaat, November 22, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Makanan Celaru Buat Berat Badan Meningkat! silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "