2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Asal usul pewarna kuku

Kebanyakan wanita masa kini gemar mewarnakan kuku sama ada di jari kaki mahupun tangan dengan pelbagai warna-warna trendy. Ada yang memilih rona terang seperti merah hati tidak kurang juga yang menghias kuku mereka dengan warna glitter neon. Selain bertujuan untuk mencantikkan jari-jemari, pewarnaan kuku ini juga dianggap sebagai pelengkap gaya harian buat sesetengah wanita.
Menatarias kuku pada zaman 2013 bukanlah perkara baru kerana aktiviti ini sudah mula bertapak di dunia sejak berkurun lamanya.
  • Pada zaman Mesir dahulu, masyarakatnya telah mula memakai pewarna kuku yang diperbuat daripada henna. Dipercayai Ratu Nefertiti gemar memakai warna merah ruby manakala Cleopatra lebih selesa dengan warna merah hati. Ada pendapat juga mengatakan bahawa hanya golongan bangsawan boleh memakai warna terang.
  • Keluarga kerajaan yang hidup pada zaman pemerintahan Dinasti Chou di China sekitar tahun 600 SM mewarnakan kuku mereka dengan rona perak dan emas.
  • Penggunaan cat kuku semakin berkembang dan digunakan meluas oleh selebriti antarabangsa sejak Michelle Menard menemui pewarna kuku moden pada tahun 1920.
Kandungan yang terdapat di dalam pewarna kuku adakalanya tidak sesuai untuk semua jenis kuku. Untuk itu, bagi memastikan kuku anda sentiasa sihat dan cantik amalan berikut perlu dipatuhi.
  1. Amalkan pemakanan seimbang yang mengandungi kalsium, protein, zat besi dan minuman jus buah-buahan. Selain baik untuk kesihatan kuku, ia juga bermanfaat untuk kesihatan tubuh.
  2. Masa paling sesuai untuk mewarnakan kuku adalah antara satu hingga dua jam sebelum tidur. Anda juga perlu memastikan kawasan berkenaan juga mempunyai pengaliran udara yang baik.
  3. Gunakan losyen untuk melembapkan kulit dan kuku anda. Jadikan juga satu tabiat untuk menggunakannya setiap kali selepas membasuh tangan. Letakkan losyen yang mudah dibawa di dalam beg tangan anda setiap masa.
  4. Elakkan mengguna kuku untuk tujuan menggores, mengopek dan sebagainya kerana ia boleh merosakkan tekstur kuku.
 
 

*Oleh SUZIANA, Majalah NONA, 1 November 2013
 
Unknown , Isnin, November 04, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog