Lelaki memang secara dasarnya cukup 'penakut' mendapatkan rawatan apatah lagi melakukan pemeriksaan kesihatan. Namun tahukah anda sikap tersebut boleh memudaratkan kesihatan.
Sehingga kadangkala apabila lelaki menyedari masalah kecil berlaku pada diri sendiri terutama melibatkan soal kesihatan, mereka akan bersikap acuh tidak acuh. Sebelum terlambat, apa kata periksa kesihatan terlebih dahulu dan kenal pasti antara penyakit tersembunyi yang selalu menyerang lelaki.
Ketagihan
- Golongan lelaki dikatakan golongan paling ramai alami ketagihan berbanding wanita. Sebahagian doktor mengatakan bahawa ketagihan merupakan satu penyakit.
- Lebih 100 juta lelaki di dunia bergantung pada tembakau untuk meneruskan kehidupan. Bukan itu sahaja, lelaki juga lebih ramai ketagih minuman berkafein sama ada kopi atau teh dan alkohol.
Kolesterol
- Kolesterol merupakan blok 'binaan' penting bagi struktur sel dan digunakan untuk membuat hormon serta menghasilkan tenaga.
- Tahap kolesterol di dalam darah bergantung kepada apa yang anda makan. Mengambil makanan tinggi kolesterol boleh menyebabkan penyumbatan pada arteri. Masalah kolesterol tinggi boleh menjadi turun temurun di dalam keluarga.
- Antara penyakit yang boleh terhasil akibat terlebih kolesterol adalah masalah tiroid, buah pinggang, diabetes, obesiti dan sakit jantung.
Sindrom malu kencing
- Sindrom pundi kencing pemalu merupakan satu gangguan kerisauan sosial yang melibatkan ketidakupayaan kencing di hadapan orang lain.
- Ada beberapa simptom untuk menjelaskan sama ada anda tergolong dari kelompok ini. Antaranya, takut membuang apabila ada orang berdekatan, risau pintu tandas diketuk, risau orang mendengar bunyi membuang, terpaksa menggunakan tandas awam di dalam pesawat, kapal atau kereta api. Ini menyukarkan golongan ini bercuti malah menolak berkongsi tandas.
Kanser Testikel
- Meskipun kanser ini kedengaran luar biasa namun menjumpai ketulan pada testikel bukan luar biasa. Antara keadaan yang menunjukkan terdapatnya masalah pada testikel dan scrotum adalah 'kehilangan' satu testikel haruslah segera bertemu dengan doktor. Perhatikan juga jika terdapat ketuat, hernia atau bengkak, ketulan lembut pada kerandut zakar, jangkitan dan rasa sakit.
Dengkuran kuat
- Berdengkur boleh jadi satu perkara yang sangat menyakitkan hati buat pasangan tidur anda. Jika tidak dirawat, boleh jadi pasangan anda mahu tidur berasingan daripada anda.
- Berdengkur berlaku disebabkan oleh gangguan pernafasan.
- Masalah dengkur boleh disebabkan oleh masalah berat badan, merokok dan pengambilan minuman keras.
- Pembedahan sengau boleh membantu tetapi tidak menyembuhkan dengkuran tetapi membantu meningkatkan pernafasan hidung.
Kaki Atlit
- Kaki Atlit atau lebih dikenali sebagai tinea pedis adalah satu jangkitan fungus yang disebabkan oleh parasit pada kulit. 90 peratus kulit yang dijangkiti fungus biasanya dirujuk sebagai kurap.
- Jangkitan ini boleh merebak sehingga ke keseluruhan kaki dan tapak tangan.
- Fungus gemar kawasan lembap terutama anda yang kerap memakai kasut yang ketat dan tidak ada ruang udara kaki 'bernafas'.
- Berhati-hati apabila ada kesan merah yang gatal, kulit seakan melecur dan rasa kurang selesa.
*Oleh Nadia, Majalah Mingguan Wanita
Sabtu, November 23, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang 6 Penyakit Tersembunyi Serang Lelaki silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "